Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) 3 Pelajar Maut Ditempat Kejadian, Kereta Viva Yang Dinaiki Hilang Kawalan Dan Terbalik

5 Mei 2017
No Comment

MELAKA: Sebuah kereta Produa Viva yang dinaiki tiga orang pelajar telah terbabas di di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Stesen Minyak Petron Jalan Malim, Taman Cheng Bestari, menyebabkan ketiga-tiga mereka maut pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi itu, Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19; Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19; dan seorang lagi yang masih belum disahkan identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan itu, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa datang dari arah pusat bandar menghala Alor Gajah telah terbabas di pembahagi jalan, sebelum terbalik dan merempuh bahagian hadapan sebuah kereta Proton Gen 2 di laluan bertentangan.




Pemandu Proton Gen 2 itu bagaimana pun dilaporkan hanya mengalami sedikit kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam, berkata sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.13 pagi.

"Sejurus tiba, anggota bomba mendapati dua mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan. "Mangsa kemalangan membabitkan empat orang, bagaimanapun tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "