Kuala Lumpur, 30 Mei - Sebuah bilik di dalam pasar raya Aeon Big di pusat membeli belah Mid Valley terbakar dalam kejadian lebih kurang 8.15 malam tadi.
Beberapa foto di media sosial menunjukkan bagaimana keadaan sekitar dan juga jentera bomba tiba di pasar raya itu.
Kosmo! melaporkan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 8.24 malam.
Sebuah jentera dan sembilan pegawai serta anggota dikerahkan.
“Anggota yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian mendapati sebuah bilik yang berada di tingkat tiga, pasar raya Aeon Big sedang terbakar dan isyarat loceng kecemasan telah pun dibunyikan.
“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.
8:15pm- Suddenly there's a big smoke inside the midvalley😰 pic.twitter.com/KE8lLAu4ZR— 🦋 (@sarahfarhanah2) May 30, 2017
Sumber: Kosmo!Mid Valley 😱😱#midvalley pic.twitter.com/tP7NYFC3C1— Anith Amalina (@AnithAzlan) May 30, 2017