Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mitsubishi Indonesia Cari Bayi Yang Diberi Nama Pajero Sport Selepas Viral di Media Sosial

30 Mei 2017


Mitsubishi Indonesia mencari seorang bayi yang diberi nama Pajero Sport selepas satu keping kad menyambut kelahiran bayi berkenaan menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan, bayi Pajero Sport itu merupakan anak kepada pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti yang lahir pada Rabu lalu.

Selepas kad tersebut viral di media sosial, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selaku agen tunggal pemegang jenama Mistubishi di Indonesia, juga tertarik dengan kelahiran Pajero Sport.

Kini, syarikat Mitsubishi Indonesia mencari lokasi bayi tersebut.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua PR & CSR MMKSI, Intan Vidiasari - yang turut dikenali dengan nama Mamabishi - menerusi laman media sosialnya.

Barang siapa yang mengetahui informasi benar dan nombor telefon bayi bernama Pajero Sport yang lahir pada Rabu Legi, 26 April 2017, Putra ke-Empat dari orang tua Bapak M Muis Iskandar dan Ibu Novi Yanti, mohon menghubungi Mamabishi ya, karena Mamabishi pingin ketemu langsung dan mengucapkan selamat dan menyampaikan terima kasih,” tulis Mamabishi.

Di Indonesia, nama Pajero Sport memang sangat terkenal sebagai kenderaan yang pelbagai guna.

Sumber: Liputan 6
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "