Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"RM2 Jer Pun," Beli Dan Bantulah Adik OKU Ini Jual Mercun Pop Pop, Mereka Bukan Meminta-Minta Tapi Berniaga

31 Mei 2017
No Comment

Sejak semalam telah menjadi tular beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Awani Bin Pahang, dia telah memuatnaik tiga keping gambar menunjukkan seorang wanita bersama anak lelakinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dari komen yang diturunkan, ramai menyatakan keluarga ini memang susah, ada yang memuji mereka ini walaupun susah tidak meminta-minta sebaliknya cuba mencari rezeki yang halal dengan menjual mercun pop pop atau ada sesetengah tempat dipanggil mercun bawang atau lada.

Jom kita baca.


BELI DAN BANTULAH MEREKA

Tadi pukul 3 pm selepas membeli kurma di bazar ramadan sebelah stadium Darul Makmur, terserempak kakak Kartini ini berjualan mercun 'pop pop' sebelah kereta berhampiran kawasan parking depan stadium. 

Anaknya OKU berumur 4 tahun. Suami kerja sendiri memotong rumput. Tinggal di Taman Impian Jalan Sungai Lembing...

Pastinya dengan malu-malu tetapi tak meminta-meminta sedekah dari orang ramai, dia menumpang bangku plastik biru utk berjualan mercun pop-popnya. 


Mari lah sesiapa yg lalu disitu yg mahu ke bazar ramadan disitu, singgahlah dan belilah jualannya. Katanya modal beli mercun tu rm15.. dan dia jual satu kotak tu rm2. 

Kita jangan berkiralah. Beli dgn niat bersedekah terutama kepada anak OKU tersebut.

Dua ringgit kita beli bukan buat kita papa. Tapi dua ringgit tu besar kepada dia..

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "