Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tak Mahu Guna Jambatan, Lelaki Cuba Dayung Seberangi Sungai Guna Jengkaut

6 Mac 2017


Inovatif tapi tidak kena pada tempatnya. Itu yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki di Jiangmen, wilayah Guandong yang cuba mengambil jalan pintas untuk menyeberangi sungai menggunakan jengkaut.

Lelaki itu meletakkan mesin jengkaut di atas tongkang kayu dan menggunakan penyodok jengkaut untuk mendayung.

Walaupun idea itu agak mengarut, lelaki berkenaan mampu bergerak sebelum jengkaut itu jatuh di tengah-tengah sungai kerana berat yang tidak seimbang.

Selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut, ahli bomba segera bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkannya.

Dalam masa yang sama, lelaki terbabit dinasihati supaya menggunakan sahaja jambatan di masa hadapan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "