Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyu Ini Sukar Berenang Selepas Tertelan 915 Syiling 'Good Luck' Yang Dilempar Dalam Kolam, Berjaya Diselamatkan Doktor Haiwan

6 Mac 2017

BANGKOK, 6 Mac - Doktor haiwan Thailand berjaya mengeluarkan 915 syiling dari perut seekor penyu berusia 25 tahun yang telah menelan objek-objek yang dibuang ke kolamnya (untuk nasib baik) sehingga menyebabkan ia sukar berenang.

Syiling-syiling dan lain-lain objek yang dikeluarkan dari penyu bernama Omsin itu seberat 5kg.

Penyu tersebut, yang hidup di pusat pemuliharaan di Sriracha, Chonburi, timur Bangkok, didapati sukar berenang kerana berat badannya yang tidak normal.

Masalah sebenar penyu berkenaan dikesan selepas imbasan 3D mendapati terdapat banyak bendasing di perutnya termasuk syiling dan dua batang kail.

"Saya merasa sangat marah kepada manusia, tidak kira sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja (membuang objek ke dalam kolam), tindakan itu telah menyebabkan penyu ini cedera"

"Kami fikir ia akan mengambil masa lebih kurang sebulan untuk pulih sepenuhnya," kata Nantarika Chansue dari Universiti Chulalongkorn sambil menambah penyu itu juga memerlukan terapi selama enam bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa nilai kesemua duit syiling tersebut kerana ada dari mereka sudah berkarat dan dari matawang negara asing.

Sumber: ST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "