Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pyongyang Pula Isytihar Duta Besar Malaysia Sebagai Persona Non Grata

6 Mac 2017


Seoul: Korea Utara mengisytiharkan Duta Besar Malaysia sebagai persona non grata dan perlu keluar dalam tempoh 48 jam mulai pukul 10 pagi (waktu tempatan) Ahad, lapor agensi berita KCNA hari ini.

Bagaimanapun, duta Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad sudah pun dipanggil balik ke Malaysia dan tiba pada 22 Feb lalu.

Laporan (pengusiran duta Malaysia) itu muncul ketika Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dalam perjalanan pulang ke Pyongyang selepas diusir dari Malaysia selepas diisytihar persona non grata baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin mengesahkan perkara terbabit.

Ya benar, duta kita (ke Korea Utara) sudah diisytiharkan sebagai ‘Persona Non Grata’. Tindak balas seperti ini adalah normal dalam diplomasi. Perlu diingat bahawa Duta Besar Malaysia ke Korea Utara dipanggil pulang atas arahan kerajaan. Dia sudah berada di Malaysia,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berhubung siasatan pembunuhan abang kepada pemimpin rejim itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang berlaku pada Februari.

Persona non grata adalah sebuah istilah dalam bahasa Latin yang dipakai dalam perkancahan politik dan diplomasi internasional.

Orang-orang yang di-persona non grata-kan biasanya tidak boleh hadir di suatu tempat atau negara. Apabila ia sudah berada di negara tersebut, maka ia harus diusir dan dideportasi.

Sumber: The StarUtusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "