Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Purata 5 Ekor Kucing Jatuh Dari Bagunan Tinggi Di Singapura Setiap Bulan

23 Dis 2016
No Comment

SINGAPURA: Sebanayk 5 ekor kucing secara purata dilaporkan dijumpai mati di Singapura ekoran terjatuh dari kediaman tinggi dan selebihnya adalah haiwan peliharaan lain, lapor Mediacorp.

Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) dalam satu kenyataan telah menekankan pentingnya bagi para pemilik rumah pangsa supaya memasang jaring pada tingkap flat mereka demi mencegah kematian binatang peliharaan mereka seperti ini.

Veron Lau yang merupakan kakitangan CWS berkata, anggaran secara umum itu berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya selain catatan yang dimuat naik menerusi media sosial.

"Hampir 95 peratus daripada kucing yang mati akibat terjatuh adalah kucing peliharaan dan bukannya kucing jalanan,"

"Lazimnya apabila seekor kucing terjatuh dari tempat yang agak tinggi, ia akan terdapat kesan darah.

"Tompokan cecair yang berwarna merah itu dapat dilihat dengan jelas pada bahagian mulut, selain luka di bahagian belakang dan kawasan dada menjadi cukup padat," katanya.



Kes ini kami biasanya tidak mengklasifikasikan sebagi kes penderaan kecuali jika ada saksi kerana ia adalah spekulasi, namun kesan trauma pada bahagian tulang rahang dan dada juga boleh dikenal pasti sebagai terjatuh.

Bagaimanapun punca kucing terjatuh dari bangunan tinggi boleh dibahagikan sama ada dicampak dengan sengaja oleh seseorang atau sebaliknya seperti tergelincir ketika cuba melompat tempat jauh,” kata Lau kepada MediaCorp.

Pada minggu lalu, seorang penduduk di estet perumahan awam Marsiling, pinggir Woodland di utara Singapura mendakwa kucing miliknya itu mati akibat “perbuatan ganas tidak masuk akal” oleh pelaku yang tidak dikenali.

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) republik itu menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes pelik tersebut kerana secara amnya, agak sukar untuk menentukan sama ada seekor kucing terjatuh dengan sendiri.

Dalam pada itu Meranda pula berkata, kucing mungkin dicampak dari tempat yang tinggi, tetapi untuk mengenal pasti sama ada ia akibat perbuatan sengaja, CWS akan meneliti lokasi di mana bangkai kucing tersebut dijumpai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "