Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juruterbang Ini Bongkarkan Misteri Yang Menjadi Persoalan, Mengapa Lampu Di Dalam Pesawat Perlu Dimalapkan Ketika Berlepas, Dan Mendarat

23 Dis 2016
No Comment

Bagi mereka yang sering menaiki kapal terbang, sudah pasti akan mengalami keadaan di mana lampu di dalam kabin kapal terbang akan dimalapkan seketika, bila pesawat ingin berlepas, juga mendarat. Mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya, mengapa tidak membiarkan sahaja keadaan yang terang di dalam pesawat.

Seorang juruterbang telah kongsikan sebab mengapa perlu dimalapkan buat seketika lampu di dalam pesawat ketika sedang berlepas, juga mendarat. Menerusi perkongsian dalam The Telegraph, juruterbang Patrick Smith kongsikan sebabnya. Jom kita ikuti perkongsiannya.


Ianya menjadi persoalan misteri buat mereka yang menaiki kapal terbang, tetapi tiada yang memberi jawapan bagi persoalan tersebut: kenapa pramugara/i malapkan lampu di dalam pesawat ketika berlepas dan mendarat?

Satu penjelasan telah diberikan, dan sebab utama lampu dimalapkan adalah demi kepentingan keselamatan semua yang ada di dalam pesawat, jika berlaku kemalangan.


Menurut seorang juruterbang, Patrick Smith, yang juga penulis buku Cockpit confidential, ianya kerana:

1. Memalapkan lampu boleh memberikan mata anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelap, supaya penglihatan anda tidak sepenuhnya menjadi gelap jika sesuatu berlaku, atau terputus bekalan kuasa


2. Ianya secara langsung memberikan peluang untuk melihat pintu keluar di dalam gelap, atau asap tebal

3. Lampu kecemasan yang ada di dalam pesawat juga dapat dilihat dengan lebih jelas, dan ia memudahkan untuk melihat, serta mengekalkan perkara asas, seperti jalan mana perlu dituju.

4. Penutup tingkap yang ada di dalam pesawat juga merupakan salah satu daripada strategi tersebut, di mana perlu dinaikkan, ketika berlepas dan mendarat.


“Ia membantu anda untuk lebih berorientasi, dan memudahkan pramugara/i untuk menilai sebarang bahaya, seperti kebakaran atau serpihan, yang mungkin mengganggu proses pemindahan,” kata Smith

Mata manusia boleh mengambil masa sehingga 10 minit untuk menyesuaikan diri sepenuhnya dengan kegelapan, yang mana masa tersebut sangat bernilai, lebih-lebih lagi jika perlu meninggalkan pesawat dengan secepat mungkin.

Teori ini juga mungkin digunapakai oleh lanun pada waktu dahulu, di mana sebelah mata mereka ditutup. Dengan ini, mereka dapat menyesuaikan diri dengan kedua-dua keadaan, di waktu cerah, juga gelap, jika perlu turun ke tempat simpanan yang gelap, atau sewaktu bertempur.

- Siakap Keli

BACA: Seringkali Berdepan Situasi 'Jet Lag' Yang Merungsingkan? Kini Tidak Lagi! 15 Tips Ini Dapat Membantu Anda Mengatasinya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "