Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Terus Melabur Dalam Mana-Mana Skim, Ketahui 5 Perkara Ini Dahulu, Agar Tidak Menjadi Mangsa Skim Cepat Kaya

23 Dis 2016
No Comment

Mungkin ada di antara kita di luar sana yang sedang berkira-kira untuk mengeluarkan perbelanjaan harian, dan cuba sebaik mungkin untuk berjimat dalam segala hal, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan kewangan. Faktor ini, sedikit sebanyak memberi gambaran akan situasi sebenar apa yang dialami oleh masyarakat.

Dalam pada itu juga, banyak diwar-warkan mengenai individu yang kurang berkemampuan, terpaksa mengharungi jua kehidupan, demi kelangsungan hidup. Bagi mereka yang mempunyai lebih sedikit, mungkin boleh membuat simpanan, atau pelaburan dalam sesuatu skim.

Namun, jangan sekali-kali pernah leka, atau lalai dalam membuat apa jua pelaburan, ada di antara kita di luar sana, yang ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan, atau kelemahan demi kepentingan diri mereka sendiri. Begitu juga dengan skim yang telah banyak berlaku di negara kita, iaitu skim cepat kaya. Kita tidak tahu sama ada ianya betul atau rekaan semata-mata. Jadi, saudari Fuza Suzanna telah kongsikan, bagaimana caranya untuk anda, mengenalpasti sesuatu skim cepat kaya, agar tidak masuk dalam perangkap mereka.

Imej mStar

Ingin saya kongsikan.

Terdapat 5 tanda untuk mengenal 'Skim Cepat Kaya' atau ringkasannya "SCK"

1. Hanya Keuntungan, Tiada Kerugian

Anda hanya akan diberitahu tentang untung sahaja dan langsung tidak akan rugi, atau lebih spesifik lagi adalah SCK jenis perlaburan. Walhal, di dalam pelaburan sudah pasti akan ada untung dan rugi, jika tidak ianya bukan patuh syariah.

2. Keuntungan Berlipat Ganda

Keuntungan pelaburan yang 'super' tinggi pulangannya. Jika sekiranya mereka menawarkan keuntungan pelaburan yang sangat tinggi maka kemungkinan ianya adalah pelaburan penipuan.

3. Dapat 'Buah Tangan'

Hadiah lumayan. SCK selalunya akan memberi hadiah untuk menarik pelanggan.

4. Siapa Cepat, Dia Dapat

Hanya dibuka untuk masa terhad sahaja. Taktik psikologi. Paksa anda buat keputusan dengan cepat untuk menghalang anda menyiasat dahulu latar belakang syarikat.

5. Status Syarikat

Maklumat syarikat yang kabur. Sekiranya anda susah mendapatkan maklumat syarikat yang dilabur maka kemungkinan besar ia adalah penipuan.

Sebaiknya anda melaburlah dengan mana-mana agensi yang telah kukuh, dan dikenali ramai, rujuk dengan orang yang pakar, atau bertanya pendapat dengan keluarga atau kenalan rapat, elakkan diri dari menjadi mangsa mereka.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "