NACHONG, CHINA 15 Sept: Kerana cinta dan sayang, segala kekurangan tidak lagi menjadi penghalang untuk meneruskan kehidupan bersama, begitulah yang dilakukan satu pasangan dari China yang tinggal di dalam gua sejak 54 tahun dahulu.
Liang Zifu, 81, dan isterinya Li Suying, 77, memilih untuk tinggal di dalam gua yang terletak di pinggir bandar Sichuan Nanchong kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan untuk memiliki rumah sendiri, dan di situ jugalah mereka membesarkan empat anak mereka, tulis Sinar harian.
Pasangan warga emas itu pernah dipujuk oleh pegawai tempatan untuk keluar dari gua berkenaan dan tinggal di kediaman yang lebih selesa, namun mereka enggan berbuat demikian.
Kata pasangan itu, mereka telah terbiasa tinggal di dalam gua berkenaan yang kini mempunyai tiga bilik tidur, satu dapur dan ruang tamu, serta mempunyai banyak kelebihan lain.
"Ia sejuk ketika musim panas dan hangat pada musim sejuk malah ada mata air berdekatan," ujar pasangan itu.
Sumber : Sinar Online