Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Universiti Buat Kajian Hasilkan Vaksin Zika Di Ladang Herba Bapa

15 Sep 2016
Hariz Haikal

Melaka, 15 Sep: Seorang pelajar UniKL MICET kini sedang membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksin untuk mencegah jangkitan virus Zika.

Hariz Haikal, pelajar tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Bioproses, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu membuat penyelidikan tersebut di ladang herba terbesar di Asia milik bapanya, Nasuha Kasian, 62, yang berkeluasan 1,295 hektar.

Haikal, yang juga merupakan ketua penyelidik Nasuha Biotechnology & Biodiversity Sdn Bhd berkata pihaknya memulakan kajian secara makmal sejak enam bulan lalu dan mendapati pati wap campuran enam jenis herba mampu merencatkan sel virus Zika dari terus merebak.

"Penggunaan pati herba tersebut juga mampu mematikan virus tersebut secara perlahan," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau lagi, hasil dari penyelidikan itu, pihaknya berjaya menghasilkan minyak pati wap berasaskan pati herba campuran yang boleh dimajukan untuk dijadikan vaksin virus Zika.

Malah, beliau berkata syarikat itu telah membuat teknologi kawalan biologi untuk membunuh nyamuk Aedes, yang juga bertindak sebagai pembawa virus zika dan denggi.

"Kita menggunakan minyak pati wap bagi menghasilkan penyembur penghalau serangga dengan jenama 'Organic Natural Repellant' yang mengandungi enam jenis herba yang ditanam di ladang yang terletak di Jalan Muar-Pagoh tanpa membabitkan bahan kimia," katanya.

Beliau berkata semburan repelan itu akan bertindak menutup lubang pernafasan nyamuk aedes yang akan menyebabkannya mati serta-merta apabila disembur terus pada nyamuk aedes.

"Ia dihasilkan menggunakan teknologi hijau dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada manusia dan alam sekitar kerana kita menggunakan bahan organik dan bebas daripada bahan kimia dan racun yang mampu mendatangkan kesan sampingan jangka panjang kepada manusia," katanya.

Tambah Hariz, untuk melakukan penyelidikan secara klinikal sama ada pati herba itu sesuai ntuk manusia dalam jangka masa panjang memerlukan masa dan dana yang besar.

Justeru itu, pihaknya mengalu-alukan bantuan geran dari kerajaan dan pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama bagi melakukan penyelidikan saintifik secara menyeluruh bagi menghasilkan vaksin virus Zika.

Sebanyak enam kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negara ini termasuk dua kes terbaharu melibatkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur.

Sumber ; Mediacorp/Bernama, The Sun Daily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "