Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sah, Serpihan Yang Ditemui di Tanzania Baru-Baru ini Milik MH370

15 Sep 2016


PUTRAJAYA, 15 Sep: Pakar di Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan serpihan yang ditemui di perairan Tanzania pada Jun lalu adalah dari MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut beliau, berdasarkan pemeriksaan dan analisis menyeluruh, ATSB dengan persetujuan Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 mengenalpasti beberapa penemuan.

Tiong berkata, antara penemuan termasuklah beberapa nombor di bahagian serta rupa bentuk fizikl, dimensi dan pembinaan yang disahkan serpihak dalam pesawat bagi flaperon Boeing 777.

"Tarikh yang dicap berkait dengan satu daripada bahagian menyatakan bahawa pengeluaran adalah pada 23 Januari 2002, yang mana konsisten dengan tarikh penghantaran bagi MH370 pada 31 Mei 2002.



"Sebagai tambahan kepada nombor bahagian Boeing, semua penanda identifikasi mempunyai nombor 'OL' kedua yang mana ia adalah pengenalpastian unik berkaitan pembinaan bahagian (pesawat)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Beberapa serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370 ditemui sejak tahun lalu, namun hanya bahagian flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis disahkan sebagai 100 peratus milik pesawat malang itu.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "