Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lemak Cacing Kurangkan Risiko Penyakit Otak

10 Sep 2016
No Comment
Lemak Cacing Kurangkan Risiko Penyakit Otak


SAN FRANCISCO –  Penyelidik di Universiti California (UC), Berkeley menjumpai lemak di dalam cacing nematode boleh membantu dalam mengurangkan risiko penyakit berkaitan otak seperti penyakit Huntington, Parkinson dan Alzheimer.

Satu penyakit yang menyerupai penyakit Huntington yang disebabkan oleh pengumpulan protein di dalam neuron otak seterusnya membawa kepada kegagalan sistem motor, perubahan personaliti, kemurungan dan juga demensia mungkin dapat dikurangkan risikonya, dengan menggunakan sel saraf atau dipanggil mitochondria di dalam cacing nematode.C.

Ketua Penyelidikan Sel Stem, Universiti California, Berkeley, Jabatan Molekul dan Biologi Institut Perubatan dan Penyelidikan Howard Hughes, Andrew Dilin berkata, pihaknya mengenal pasti kesan daripada kenaikan produktiviti daripada lipid (bahan yang mengandungi lemak tertentu).

Penyelidik mendapati bahawa sel manusia dan juga cacing 99 peratus dilindungi daripada penyakit Huntington daripada hasil kajian tersebut.

“Jika kami dapat memanipulasi perjalanan lipid ini, kami mungkin dapat mengurangkan risiko penyakit Huntington ini kerana hasil kajian kami mendapati bahawa ubat yang dihasilkan berkesan,”
katanya dalam satu kenyataan di Universiti California berkenaan dengan penemuan lemak yang mengurangkan risiko penyakit berkaitan otak ini.

Dilin juga turut menyatakan bahawa ubat tersebut yang digelar seramid mempunyai kesan perlindungan serta sudah melakukan uji kaji dengan tikus makmal untuk melihat keberkesanan ubat tersebut.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "