Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Sah Mangsa Keempat Zika di Malaysia, Suami Kepada Mangsa Ketiga - KP

10 Sep 2016


Kuala Lumpur, 10 Sept - Suami kepada wanita hamil yang disahkan positif zika pada 6 September lalu disahkan sebagai mangsa keempat jangkitan Zika di negara ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan di laman web kpkesihatan.com.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima satu laporan mengenai kes ke-4 jangkitan Zika pada 7 September 2016. 

"Pesakit berusia 25 tahun dan merupakan suami kepada  kes ke-3 jangkitan Zika yang sedang hamil dan menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bharu. 

"Pesakit hanya mengalami gejala ruam pada 2 September 2016 dan tiada mempunyai gejala-gejala lain, telah disahkan dengan ujian makmal positif untuk Zika. Pesakit telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerajaan di Johor untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. 

"Siasatan KKM menunjukkan pesakit telah berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Singapura. Pesakit tidak mempunyai kontak terdekat lain di Malaysia selain ibu mertua dan isteri.", tulis kenyataan tersebut.

Sumber : KpKesihatan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "