Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bas Terbabas Langgar Pokok, 27 Penumpang Terselamat

10 Sep 2016
Bas Terbabas Langgar Pokok, 27 Penumpang Terselamat


REMBAU 10 Sept: Seramai 27 penumpang sebuah bas ekspres terselamat apabila kenderaan itu terbabas dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi petang tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Mazooranim Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera serta lapan pegawai dan anggota.

“Bas yang membawa penumpang berusia lingkungan 20-an sehingga 50-an itu, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru”, katanya.

Menurutnya lagi, pemandu berusia 40-an itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang kiri jalan dan hampir masuk ke dalam gaung sebelum berhenti sebaik melanggar pokok.

Bagaimanapun, apabila pihak bomba tiba di lokasi, semua penumpang sudah keluar dari bas.

Mazooranim berkata kejadian itu turut menyebabkan kesesakan jalan sehingga lapan kilometer, tulis Berita Harian.

Sumber: Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "