Keratan berita Fox 13 |
Petersburg, 9 Sep - Sebuah jeep dilaporkan hangus terbakar dipercayai selepas sebuah Samsung Note 7 yang sedang dicas meletup di dalam kenderaan itu, lapor Cult of Mac.
Jeep milik Nathan Dornacher itu terbakar ketika dia dan isteri baru pulang dari membeli belah di satu jualan garaj sempena hari Buruh.
Ketika ingin memunggah meja yang dibelikan untuk anak perempuannya, Nathan meninggalkan Note 7 dalam keadaan bercas dalam kenderan tersebut.
Nathan kemudian meminta anak perempuanya untuk kembali ke jeep tersebut sementara dia dan isterinya menyelesaikan urusan lain.
Namun salakan anjing miliknya membuat Nathan kembali ke jeepnya yang kelihatan sudah mula terbakar.
"Saya tidak menyangka, satu peranti baru, sebuah telefon berupaya membakar kereta, rumah atau mencederakan ahli keluarga saya", kata Nathan kepada Fox 13.
Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden itu.
Wakil Samsung mengesahkan sudah menghubungi Nathan dan sedang melakukan yang termampu untuk membantu Nathan, lapor Fox 13.
Sebelum ini, beberapa kes Note 7 meletup telah dilaporkan berlaku di serata dunia dan Samsung telah membuat pengumuman untuk menarik balik peranti berkenaan dan menggantikannya dengan yang baru.
Samsung juga berkata penyebab peranti terbarunya itu meletup adalah bateri keluaran Samsung SDI dan masalah itu boleh diselesaikan dengan menukar bateri tersebut.
Keadaan jeep Nathan dan juga telefon Samsung Note 7 yang meletup |