PETALING JAYA: Perkhidmatan LRT RapidKL sekali lagi terganggu pada pagi Jumaat bagi laluan Kelana Jaya (KJ).
Akaun Twitter RapidKL pagi tadi berkata, perkhidmatan tren mereka mengalami sedikit 'masalah teknikal' yang sedang diperbetulkan.
Sejam kemudian mereka memaklumkan bahawa perkhidmatan telah disambung semula seperti biasa di Kelana Jaya.
Selain itu, penumpang yang terjejas juga boleh menuntut semula wang tiket mereka di kaunter khidmat pelanggan terdekat, kata Twitter RapidKL.
Di media sosial Twitter, penumpang yang dipercayai terkandas di tengah-tengah laluan tren memuat naik rakaman video dan gambar yang menunjukkan mereka terpaksa berjalan di atas trek untuk sampai ke perhentian terdekat.
Dalam masa yang sama, turut dimuat naik satu video yang merakamkan penumpang-penumpang terkandas itu berjalan bersebelahan dengan tren yang sedang bergerak.
Wow... Video captured by my friend this morning. Apa dah jadi @MyRapidKL ? Dah macam Fear Factor dah ni. pic.twitter.com/RO9spR8HR0— A I D A S U E (@AidaSue) September 9, 2016
#Rapidkl problem lagi. Train on standstill between keramat&damai. Passengers get down walk on platform. pic.twitter.com/lafmG5qu1s— Noorul Shah AMan. (@Hikikomorisan) September 9, 2016
apa dah jadi #RapidKL huhuhu pic.twitter.com/FKxD9sNh0F— Shahrul Azwan (@grumpywhites) September 9, 2016
Sumber : mStar Online, Twitter