Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sudah Beroperasi 30 Tahun, Masih Kekal Harga RM1 Untuk Sepinggan Nasi Berlauk

9 Mei 2016
No Comment

Disebalik harga kos bahan mentah dan barang lain semakin mahal di pasaran, namun masih ada yang menjual nasi berlauk semurah RM1 sapa seperti tahun 90-an dahulu, lapor Harian Metro.

Sebuah gerai makan yang terletak di Tumpat, Kelantan iaitu kedai Kopi Pak Yeh yang terletak di Kampung Bendang Kerian, Berangan, menawarkan nasi murah berkenaan kepada orang ramai.

Menurut pemilik gerai makanan berkenaan, Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 69, walaupun nasi di kedainya dijual pada harga RM1, dia masih mampu mendapat keuntungan hasil jualanya.


Kedainya itu dibuka seawal jam 7.30 pagi mendapat tumpuan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya daripada penduduk sekitar dan pelajar.

“Saya berniaga sudah melebihi 30 tahun dan pada awal perniagaan nasi berlauk yang saya jual hanya berharga 30 sen sepinggan untuk dua pilihan lauk iaitu gulai ayam dan gulai ikan tongkol.

“Sejak daripada itu, harga nasi dijual dinaikkan beberapa kali berikutan peningkatan kos bahan mentah dan sehingga hari ini, saya masih kekalkan nasi berlauk di kedai ini pada harga RM1,” katanya.

Selain menjual nasi berlauk, beliau juga menjual kuih muih semurah empat biji untuk RM1 dan masih menawarkan minuman semurah 60 sen untuk teh 'O'. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "