Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Terakhir Tragedi Helikopter Terhempas Ditemui

9 Mei 2016
No Comment

SRI AMAN: Mayat terakhir mangsa nahas helikopter yang terhempas di Sebuyau telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi tadi di kawasan Triso, di sini.

Menurut pihak Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Dato Abd Aziz Yusof , mayat terakhir berkenaan telah tiba di pusat operasi di jeti Lingga kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

"Pihak polis mengesahkan kesemua keenam-enam mangsa telah ditemui, seperti semua sedia maklum hanya mayat juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas merupakan mangsa terakhir."

"Seperti kebiasaannya kita tidak boleh mengesahkan sehingga pihak hospital yang mengesahkan," katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun kesemua mangsa telah ditemui, operasi mencari bangkai helikopter akan diteruskan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "