Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Tukar Plat Motor 'Suka-Suka', Pelajar Ditahan Kerana Palsukan Nombor Pendaftaran

9 Mei 2016
No Comment

MELAKA: Gara-gara menukar nombor pendaftaran motosikal kerana suka-suka dengan meletakkan plat 'LC135' seorang remaja menerima padah apabila ditahan dalam operasi awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah vokasional tersebut dikatakan sengaja meletakkan nombor plat berkenaan di mana ia mengambil kira jenama motosikal Yamaha LC135.

Kerana tindakannya itu, menyebabkan pelajar berusia 17 tahun itu ditahan akibat kesalahan memalsukan nombor pendaftaran.

Dia ditahan sepasukan polis di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini selepas berlumba bersama sebuah lagi motosikal.

Menurut sumber, remaja berkenaan baru menggunakan nombor pendaftaran itu dalam tempoh kurang dua minggu dan bertindak demikian hanya untuk suka-suka sebelum ditangkap polis dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Dia bagaimanapun memberi kerjasama selepas ditahan sebelum motosikalnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "