Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ahli Astronomi Amatur Berjaya Rakam Objek Misteri Terhempas Di Musytari

2 Apr 2016
No Comment

Pada 17 Mac lalu, satu letupan besar telah berjaya dirakam di planet terbesar dalam sistem suria iaitu planet Musytari.

Seorang ahli astronomi amatur, Gerrit Kernbauer telah memuatnaik video tersebut yang berjaya dirakam olehnya ke laman youtube di mana waktu letupan besar berkenaan berlaku kira-kira ada jam 12.18 tengah malam waktu UTC (coordinated universal time).

Menurut Gerrit, beliau telah memproses video tersebut lewat 10 hari dari tarikh kejadian tersebut terakam.

"Selalunya rakaman saya tiada apa yang menarik dan (kali ini) saya lambat memproses video."

"10 hari kemudian, saya periksa kesemua video dan mendapati terdapat satu cahaya aneh yang muncul kurang satu saat pada permukaan planet berkenaan," kata Gerrit yang tinggal di Modling, Austria.

Pendedahan Gerrit tersebut disokong oleh John Mckeon yang tinggal di Dublin, Ireland apabila beliau turut berjaya merakam kejadian berkenaan.

Ahli Astronomi, Phil Plait membuat kesimpulan bahwa kejadian berlaku akibat dari perlanggaran komet kecil atau asteroid kecil ke permukaan planet gas tersebut.

"Kedudukan Musytari yang terletak dalam kawasan asteroid mungkin menyebabkan asteroid ditarik oleh tarikan graviti," jelas Phil.

Perbandingan saiz Musytari dan bumi, bayangkan saiz impak tersebut terjadi di bumi.

Walaupun hanya komet atau asteroid kecil, kesan terhempas berkenaan mempunyai impak yang besar.

"Objek yang melanggar Musytari mungkin mempunyai kelajuan lima kali ganda jika dibandingkan kesan hempasan di planet kita (Bumi).

"Walau bagaimanapun, hempasan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan jelas ke atas lapisan gas paling atas di permukaan Musytari," kata Phil lagi. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "