Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaki Permain Golf Negara, Shaaban Hussin Terpaksa Dipotong

2 Apr 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Shaaban Hussin yang terlibat dalam kemalangan dalam kemalangan di Lebuh Raya Guthrie 31 Mac lalu menerima berita buruk apabila dilaporkan kaki beliau terpaksa dipotong, lapor Berita Harian.

Perkara ini disahkan sendiri oleh abang Shaaban, Mohd Shawal, 38, ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL)semalam tempat dia menerima rawatan lanjut selepas ditimpa musibah itu kira-kira jam 8.30 pagi 31 Mac lalu.

"Apa yang saya saksikan sendiri, kaki kiri Shaaban sudah dipotong. Saya difahamkan bahagian bawah sudah tidak dapat lagi diselamatkan kerana terdapat urat saraf yang putus.

"Ketika saya bertemu dengannya, dia hanya mampu berkomunikasi dengan memberi isyarat. 

Sekarang ini kami masih menanti perkembangan terbaharu daripada doktor untuk rawatan susulan," katanya.


Shaaban,36, sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Ijok ke Damansara untuk menjalani latihan.

Kemalangan berlaku apabila Shaaban yang menunggang motosikal berkuasa tinggi cuba mengelak sebuah kereta di hadapannyamenyebabkan beliau hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan dia terseret di lebuh raya sebelum tercampak ke longkang.


Dia kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut, sebelum dipindahkan ke HKL tidak lama selepas itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "