Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Benci, Kini Sayang : Noreza Tak Sangka Perasaan Berubah Ketika Hulur Bantuan

1 Apr 2016
No Comment

Jodoh Ditangan Tuhan

Pasangan pengantin, Mohamad Noreza Sumari dan Nornajihah Maamor tidak menyangka mereka akhirnya ke jinjang pelamin.

Pasangan tersebut yang mula mengenal antara satu sama lain sebagai rakan dalam jurusan yang sama ketika menyambung pengajian di politeknik dahulu tidak menyangka mereka akan bergelar suami isteri.

Menurut Mohamad Noreza, mereka dahulunya hanya berkawan biasa di Politeknik Port Dickson. Malah lebih teruk, Noreza berkata dia adalah orang yang paling 'anti' dengan Nornajihah. Namun segala-galanya berubah dalam satu peristiwa.

Pada awalnya, saya orang yang paling tidak disukainya. Namun, siapa sangka selepas bantuan yang dihulurkan ketika Nornajihah berpindah rumah berjaya mengubah perasaan benci kepada suka.

Selepas tiga semester dia tidak menyukai saya, akhirnya pintu hatinya terbuka dan menerima untuk berkawan sekali gus menjadi pasangan kekasih,” katanya lapor Harian Metro.

Mohamad Noreza yang berasal dari Johor bernikah dengan Nornajihah dari Negeri Sembilan pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu diraikan di majlis persandingan sebelah pihak perempuan pada 5 Disember 2015.

Bertambah lengkap apabila majlis disempurnakan dengan pemberian cenderahati kepada tetamu yang turut mengandungi pisang salai istimewa daripada Wak Sumari Homemade.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "