Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kerana Pendapatan GST, Kakitangan Awam Masih Ada Kerja" - Najib

28 Jan 2016
No Comment

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini di dalam ucapannya mengingatkan kira-kira 1.6 juta kakitangan awam di negara ini bahawa mereka masih kekal bekerja sehingga hari ini kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.

“Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.

“Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak,” katanya dipetik dari Sinar Harian ketika menghadiri Hari Kastam Sedunia ke-34 yang disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Menurut perangkaan, Malaysia kini mempunyai kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 kakitangan kontrak dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Najib dalam pada masa yang sama mengulangan bahawa GST adalah penyelamat negara di mana dengan perlaksanaan cukai berkenaan ia berjaya menstabilkan ekonomi.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan masih mampu melaksanakan pelbagai insentif untuk meringankan bebanan rakyat.

“Kita masih mampu meyediakan biasiswa, kita masih mampu laksanakan bantuan-bantuan seperti BR1M dan sebagainya.

“Keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil ini salah satu faktor kerajaan melaksanakan GST,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "