Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#Bajet2016: Caruman KWSP Akan Dikurangkan Sebanyak 3 Peratus

28 Jan 2016
4 ulasan

Berikutan kejatuhan harga minyak dunia yang begitu rendah membuatkan kerajaan terpaksa mengubah bajet 2016 yang dibentangkan sebelum ini.

Pembentangan di dewan Parlimen yang diberi nama sebagai ‘pengubahsuaian Bajet 2016' itu bagi sebagai satu cara untuk menyesuaikan diri dengan kerajaan terpaksa membuat pemotongan bajet berikutan kejatuhan pendapatan.

Untuk itu, kerajaan Malaysia juga telah menyemak semula pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.

Berikut, antara butiran penting yang sedang dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini:

  • Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2014 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;
  • Pengecualian cukai individu sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi tahun taksiran 2015;
  • Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;
  • Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;
  • Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;
  • Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;
  • Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;
  • Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.
  • Program pemberian BR1M & bantuan kebajikan terus dilaksana.
  • Kerajaan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
  • Tiada pemberhentian penjawat awam termasuk kakitangan lantikan secara kontrak.
  • Pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016 diteruskan.
  • Tiada kompromi dalam agenda bumiputera;
  • Lebih banyak usaha yang perlu diambil untuk mengetatkan kawalan ke atas pengelak cukai;
  • Peruntukan untuk latihan bagi pekerja yang diberhentikan. - Siakapkeli.my

Tonton ucapan Perutusan Khas Pengubahsuaian Semula #Bajet2016 YAB Perdana Menteri Najib Razak - Admin
Posted by Najib Razak on Wednesday, January 27, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    014-322-7846
    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    https://www.youtube.com/watch?v=3q5e2nwcaEQ

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "