Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Daun Betik Penawar Denggi? Ikuti Penjelasan Dari Pakar Ini

28 Jan 2016
NADZIM (kanan) dan Dr Krishnan menunjukkan penawar yang dihasilkan untuk mengubati denggi.
Kuala Lumpur: Seringkali kita dengar, sekiranya seseorang itu menghidap demam denggi, berikan daun betik kerana daun buah itu penawar yang berkesan untuk penyakit terbabit.

Namun sebenarnya daun betik bukanlah penawar demam denggi seperti yang diwar-warkan, malah daun itu boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekaligus boleh membawa maut kepada mereka yang mengamalkan pemakanan daun tersebut.

Menurut Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr. A Krishnan, ramai dalam kalangan pesakit demam denggi di negara ini diberi daun betik yang kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan.

Namun mereka tidak mengetahui sebenarnya daun betik bukan sahaja tiada khasiat malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain yang seterusnya boleh membawa kepada maut.

Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menitik beratkan pengambilan makanan yang berkhasiat.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "