Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Didenda RM300 Kerana Pertahankan Diri Daripada Dirogol

28 Jan 2016
No Comment

SONDERBORG, DENMARK: Hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun didenda kerana didakwa menggunakan senjata terlarang semasa mempertahankan diri.

Remaja tersebut mendakwa diserang seorang lelaki kira-kira jam 10 malam di mana lelaki tersebut cuba membuka pakaiannya menyebabkan dia mengeluarkan penyembur lada dan dihalakan ke muka suspek.

Suspek kemudiannya dikatakan berjaya melarikan diri selepas mukanya disembur dengan penyembur lada itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu bahawa undang-undang di Denmark melarang warganya memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray menyebabkan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Orang awam yang mengetahui tentang kejadian yang menimpa remaja tersebut telah melahirkan rasa simpati di mana mereka telah mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "