Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Minyak Cukup Untuk Kedua-Dua Laluan" Jelas MAB Berhubung Isu Laluan 'Ganjil' MH132

28 Dis 2015


PUTRAJAYA, 28 Dis -- Susulan keganjilan pelan laluan pesawat MH132 yang mendapat perhatian media-media antarabangsa baru-baru ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam tadi, MAB berkata MH132 diberi pelan penerbangan terbaru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.

Bagaimanapun, MAB berkata kedua-dua laluan itu mengikut penerbangan yang disahkan dan pesawat itu mempunyai minyak yang mencukupi untuk melalui kedua-dua laluan itu.

Menurut MAB lagi, pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaan pada masa berkenaan meliputi hal-hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.

"Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa," katanya sebagaimana lapor Bernama.

MAB juga kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyerahan pelan penerbangan tersebut.

Sebelum ini, media The New Zealand Herald melaporkan juruterbang penerbangan MH132 bingung apabila pesawat yang dikemudi olehnya itu melalui laluan yang tidak biasa dilalui untuk menuju ke Kuala Lumpur selepas 8 minit berlepas dari New Zealand. - Siakapkeli.my

Juruterbang MH132 membetulkan pesawat ke laluan asal.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "