Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cermin-Cerminkan Diri Anda" Tagline Penuh Nostalgia Pak Aziz

28 Dis 2015
No Comment

Kalau disebut nama Aziz Desa di dalam duni pengacaraan TV, maka tidak perlu diperkenalkan lagi siapakah empunya susuk nama hebat berkenaan, Beliau cukup dikenali pada era 90an lalu apabila mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini(MHI) lebih-lebih lagi dalam segmen Jejak Kasih.

Dengan bolehannya bercakap dengan puitis Melayu yang indah rimanya, tanpa menggunakan skrip, Penguasaan bahasanya cukup baik membuatkan ramai penonton terhibur dan senang dengan gelagatknya.

Tidak hairanlah Anak jati Kuah, Pulau Langkawi, Kedah ini yang pada mulanya bergelar penolong penerbit pada tahun 1987 telah menjadi pengacara rancangan Seulas Pinang bersama Normala Samsuddin.

Beliau merupakan wajah terawal muncul di kaca tv program MHI bersama Mahathir Lokman, Hasbullah Awang dan Christine Ling.

Allahyarham yang amat dikenali dengan tagline ‘cermin-cerminkan diri anda’ dan juga gelaran Mat Cermin menjadi sebutan orang ramai bahkan menjadi sebutan diluar.

Program-program yang dihoskan oleh beliau bukan sahaja memberi impak besar dalam karier Aziz, bahkan impak besar kepada penonton setia rancangan tersebut.

Antara kata-katanya yang masih diingati oleh kebanyakan penonton rancangan tersebut adalah:

“Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan,”.


Selain berkecimpung kerjayanya di stesen TV3, Aziz pernah menjadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9, rancangan Jendela Pagi untuk RTM dan juga rancangan Hello Bernama di Bernama TV.

Bahkan beliua juga turut menjadi pengacara pengacara stesen TV swasta berbayar, Astro menerusi program Dahsyat 13 dan Zuriat Kita untuk saluran Astro Oasis.

Dalam masa sama, Aziz menguruskan dua syarikatnya, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar, Allahyarham juga pernah menjadi setiausaha akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Menurut isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50, berkata arwah meninggal semasa baru pulang dari pusat percutian itu petang kelmarin sebelum disedari meninggal dunia jam 10.30 pagi semalam.

“Malam tadi arwah tidur di katil di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya sedar arwah sudah tidak bergerak lagi,” katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang.

Arwah dikatakan meninggal selepas  mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lalu meninggalkan enam anak berumur antara 6 dan 22 tahun.

Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "