Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Mahu Jakim Jelaskan Bajet RM 1 Billion

28 Dis 2015


KUALA LUMPUR, 27 Disember: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan sebab mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM 1 billion.

Beta ingin tahu – jika ia adalah benar – mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa sidang Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada saya pecahan perbelanjaan mereka.

Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah-sekolah agama di sini (di Johor),” titah Sultan Johor menerusi satu wawancara oleh The Star.

Baginda turut menjelaskan mengenai peranan Raja-Raja sebagai penjaga Islam berikutan ada pendebatan baru-baru ini yang dilihat cuba mempengaruhi pihak berkuasa dalam ruang agama.

Kami adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri kita sendiri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memberi nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi ia terpulang kepada kita (Sultan) sama ada kita mahu menerimanya.

“Beta telah dilantik sebagai panel di Majlis Agama Islam Johor. Mereka datang dengan fatwa untuk beta meluluskannya. Fatwa ini tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan beta. Kadang-kadang beta tidak mempersoalkan fatwa dan beta mahu mereka untuk menerangkannya, tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini,” katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "