"Tak Salah, Buat Apa Nak Takut?" Respon Amir Ukays Dalam Isu Memiliki Senjata Api
Meskipun namanya sedikit tercalar gara-gara ditahan polis selepas didakwa memiliki senjata api, bekas vokalis Ukays, Amir bertegas akan tetap meneruskan perjuangannya di dalam program Gegar Vaganza 2.
Penyanyi itu juga berkata tidak malu dengan kejadian tersebut meskipun ia masih dalam siasatan pihak polis.
"Saya tidak bersalah, buat apa hendak takut? Jadi tiada sebarang sebab mengapa saya perlu menarik diri biarpun pada awalnya tumpuan saya sedikit terganggu untuk mengadakan persembahan.
"Selagi saya diterima dalam program ini saya akan teruskan berjuang demi sokongan peminat yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat," katanya memetik mStar.
Awal minggu lalu Amir ditahan pihak polis kerana memiliki sepucuk pistol di dalam keretanya yang tertera tulisan 'Walther CP00 Compact' dengan nombor siri 12L20520.
Bagaimanapun dia berkata postol berkenaan hanyalah pistol mainan yang diberi oleh salah seorang peminatnya. -Siakapkeli.my