Selepas secara tidak sengaja menggunakan lawak dengan mempersendakan kumpulan Caliph Busker pada minggu pertama Program Gegar Vaganza 18 Oktober lalu, pihak pengurusan Astro bertemu pengacaranya, Nabil Ahmad.
Pertemuan tersebut sebagai membincangkan tindakannya dan menegur Nabil agar lebih berhati-hati dan mengambil sikap sensitif apabila membuat lawak, terutamanya ketika membuat program siaran langsung.
"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.
"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak," kata Pengrus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad sebagaimana memetik mStar.
Nabil pada program itu telah bertanya salah seorang peserta Gegar Vaganza, Zul Handy Black mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.
Nabil yang juga seorang pelawak bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka dengan keterlanjuran lawaknya itu.
Malah Nabil tampil dengan alatan penapis ketika program yang sama Ahad lalu sebagai simbolik kepada dirinya supaya lebih berhati-hati ketika bercakap. -Siakapkel.my