Pun begitu, jika dilihat daripada sudut yang lain, anak-anak yang hidupnya dipedalaman ini lebih mendiri dan tidak kisah membanting tulang diawal usia hanya demi membantu ibu bapa mereka mendapatkan hidup yang lebih baik.
Seperti kisah seorang kanak-kanak ini yang dikongsi melalui Facebook milik Cikgu Emmet menyingkap kehidupan kanak-kanak disebuah perkampungan di Sarawak. Melalui penulisannya, Cikgu Emmet menggarap ketabahan seorang anak kecil seawal usia 5 tahun yang sangat ringan tulang membantu datuk dan neneknya di kebun.
Kehidupan Jojo dilihat jauh berbeza dengan kanak-kanak di bandar yang masing-masing sibuk dengan gajet di tangan, serta skrin elektronik yang tak pernah lekang daripada mata.
Kisah JoJo
Anak-anak kecil di kampung -kampung Sarawak, Sabah dan di Semenanjung biasanya memang terdedah dengan didikan membantu membuat kerja-kerja rumah. Saya amat tertarik dengan kiriman mesej Puan Josephine Nilly yang meminta saya berkongsi kisah JoJo atau Joaquim Johaness yang baru berumur 5 tahun dan sangat rajin membantu datuk dan neneknya di kebun. Semoga JoJo akan menjadi anak yang bijak, pandai dan mampu berdikari. JoJo adalah murid pra sekolah 5 tahun di SK St Agustine Betong.
Di saat segelintir anak anak kecil dibandar bergelumang masanya dengan gajet dan permainan video, ada anak anak pedalaman seperti JoJo ini memanafaatkan masa dengan melakukan kerja-kerja fizikal dan meneroka aktiviti penuh mencabar dan memberikan impak pada tumbesaran sebagai anak yang boleh berdikari.
Anak-anak seperti ini umpama kelapa, hanyut dilaut menjadi pulau, terdampar di darat menjadi ladang.