Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Budak' Penghantar Barang Jadi Hero, Sanggup Pertaruh Nyawa Panjat Bangunan Marak Terbakar Selamatkan Warga Emas

3 Apr 2018

Seorang penghantar barang di China dijulang sebagai seorang wira di negara itu apabila sanggup mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri apabila memanjat bangunan satu tingkat untuk menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya.

Ketika kejadian, Li Hongchen, 31, sedang bekerja sebagai penghantar barang untuk syarikat SF Express di Harbin pada pagi Jumaat. Tiba-tiba dia terdengar teriakan meminta tolong dari sebuah apartment.

Seorang wanita yang tinggal di tingkat pertama menjerit memberitahu bahawa dia dapat menghidu bau asap dan melihat asap keluar daripada tingkat sebuah apartment di tingkat 3.

Li bersama-sama dengan beberapa orang yang tinggal di situ kemudian bergegas naik ke apartment tersebut melalui tangga, namun tidak mendapat sebarang respon setelah mengetuk pintu rumah tersebut.

''Mereka memberitahu saya bahawa seorang warga emas yang terbaring di atas katil tinggal di situ. Mereka juga beritahu saya bahawa dia mengalami masalah pendengaran,'' kata Li.

Sedar masa yang semakin suntuk, Li kemudian turun ke aras bawah rumah tersebut dan memberitahu mereka yang tinggal di aras tersebut. Mereka membenarkannya masuk dan melalui balkoni rumah mereka, Li kemudian berjaya memanjat untuk masuk ke rumah warga emas tersebut.

Namun Li menyedari, masalah tidak terhenti di situ sahaja. Selepas memanjat masuk ke melalui tingkap, api dan rumah yang terbakar, dia mendapat tahu bahawa wanita warga emas itu sudah pun uzur.

''Saya cakap pada wanita itu 'ikut saya', tetapi dia menjawab, 'saya tidak boleh berjalan',''

''Jadi saya beritahu dia,'pegang leher saya dan saya akan menggendong kamu'. Kemudian dia memberitahu saya, 'saya juga tidak boleh gerakkan tangan saya','' kata Li.

Nekad untuk menyelamatkan nyawa wanita itu, Li kemudian mengangkat wanita berusia 84 tahun dari katilnya dan bergegas keluar ke kawasan yang lebih selamat.

Di luar, beberapa rakan sekerjanya sudah pun menunggu untuk menghulurkan bantuan.


Laporan tidak menyebut punca kebakaran tersebut dan kondisi wanita itu selepas diselamatkan. Bagaimana pun ia menyebut bahawa wanita itu tinggal bersama anak perempuannya, yang ketika kejadian berada di luar rumah. Setelah kembali, anaknya memberitahu kebakaran tersebut telah merosakkan kawasan dapur rumah mereka.

Majikan Li kemudian memberi ganjaran wang kepadanya atas tindakan beraninya.

Sumber : South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "