Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kajian : 70% Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu

3 Apr 2018
No Comment

Bila sudah bertemu dengan 'soulmate', semua orang pasti mengimpikan untuk melangkah ke fasa seterusnya, iaitu perkahwinan. Kalau masing-masing dah cinta, mesti boleh terima pasangan tu seadanya kan? Si lelaki gaji biasa saja, si perempuan cakap tak apa, nanti lepas kahwin kita harung sama-sama. Beruntunglah kan.

Tapi untuk lelaki yang tak ada calon isteri lagi, tengah mencari dan bermimpi untuk menamatkan zaman bujang, mungkin lepas baca kaji selidik ini nampaknya ramai lelaki Malaysia rasa takut untuk kahwin agaknya.


Kaji selidik yang dilakukan laman sesawang cari jodoh ''Sweet Ring'' baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Memetik laporan China Press, laman sesawang itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Ada wanita yang sanggup tak nak kahwin jika gaji lelaki kurang dari RM5000.



Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Manakala 30 peratus responden wanita lagi menyatakan mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Yang bawah dari tu kena membujang lah kot.

Bagi lelaki pula, gaji RM3000 itu dah boleh kahwin.


Berbeza pula dengan pandangan lelaki. 60 peratus lelaki menganggap gaji di antara RM3000 hingga RM5000 sudah mencukupi bagi mereka untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.

Maknanya lelaki Malaysia bergaji bawah RM3000 nie tiada siap yang nak ke? Agak-agak kalau dikira secara keseluruhan berapalah anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan sebenarnya?

Mungkin dalam hal ini wanita inginkan kestabilan hidup selepas kahwin. Ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan gaji bakal suami menjadi kayu ukur. Betul atau tidak, anda nilaikan sendiri.

Siakapkeli.my

Sumber : Vitdaily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "