Kanak-Kanak Lima Tahun Ditemui Keseorangan di Stesen Minyak
Port Dickson, 27 Okt: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemui keseorangan di sebuah stesen minyak di Batu 4, Jalan Pantai, dekat sini.
“Dia tidak menangis, tetapi kelihatan seperti ketakutan. Kami menyangka keluarganya sengaja meninggalkan kanak-kanak ini di sini kerana tidak ada sesiapa datang hingga dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” kata pekerja stesen minyak tersebut.
Kanak-kanak itu dilihat seperti tidak sihat ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Berita penemuan kanak-kanak tersebut kemudian menjadi viral di laman sosial.
Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Port Dickson selepas tiada ahli keluarga kanak-kanak tersebut datang mengambilnya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenda Baharudin Mustapha mengesahkan penemuan kanak-kanak tersebut. - Siakapkeli.my