Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Percaya Rakan Jadi Zombi, Lelaki Pukul Rakan Sampai Mati

27 Okt 2015
No Comment




Gara-gara terlalu mabuk kerana mengambil minuman keras sambil menonton drama The Walking Dead, seorang lelaki bertindak memukul rakannya sehingga mati kerana gusar rakannya itu akan bertukar menjadi zombi.

Damon Perry yang berusia 23 tahun bersama mangsa, Christopher Paquin, 23 mengadakan pesta minuman keras pada awalnya.

Damon mendakwa mangsa tiba-tiba menjadi zombi lantas bertindak membunuh Christopher dengan menggunakan tangan, kaki, pisau, ketuhar dan gitar elektrik.

“Suspek berkelakuan sedemikian kerana dia berada dalam keadaan yang sangat mabuk.

“Ini adalah kes jenayah paling buruk saya pernah lihat di sepanjang 15 tahun saya bertugas di sini,” kata Moses Marquez, jurucakap Jabatan Polis Grant New Mexico.

Bukan itu sahaja, Damon turut mengejar beberapa orang yang turut berada di situ kerana percaya mereka juga zombi.

Siasatan dijalan ke atas Damon dan polis menolak dakwaan suspek mengalami masalah mental. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "