Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Pertengkaran : Lelaki Warga UK Mengaku Tidak Bersalah

27 Okt 2015

KAJANG, 27 Oktober: Lelaki warganegara United Kingdom yang mana videonya bertengkar dengan seorang warga tempatan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan yang dikenakan keatasnya.

Lelaki tersebut, Mc Gruer Kenneth George, 40, seorang pengarah di sebuah syarikat Agensi Pekerjaan didakwa atas kesalahan membuat ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah.

Majistret Aina Azahra Ariffin kemudian memutuskan Mc Gruer diikat jamin RM500 bagi setiap dakwaan yang dikenakan. Atas pertimbangan, majistret tidak mengarahkan pasport lelaki berkenaan dirampas.

Sebutan semulakan ditetapkan pada 4 Disember depan.

Pada 25 Oktober lalu, satu video seorang penunggang motosikal dan warga tempatan bertengkar menjadi viral di media sosial.

Difahamkan pertengkaran mula berlaku setelah motosikal lelaki warga UK dan kereta lelaki warga tempatan itu hampir bergesel di sebuah lebuhraya disini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "