Fenomena Dua Matahari : Rani Kulup Buat Laporan Polis
Presiden Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ayahanda Rani Kulup membuat laporan polis berkenaan fenomena dua matahari yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan dari China Press, Rani Kulup telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dengan penyebaran gambar fenomena terbabit.
Di dalam laporan tersebut, Rani Kulup berkata khabar angin tentang fenomena kemunculan dua matahari itu telah mendapat perhatian orang ramai dan beliau mahu polis melakukan siasatan terhadap perkara terbabit.
Selain itu, Rani Kulup juga menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyertai proses siasatan fenomena tersebut. - Siakapkeli.my