Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Budak Lelaki Terpelanting Dilanggar Kereta Tempoh Hari Hanya Cedera Ringan

29 Okt 2015


BUTTERWORTH: Satu rakaman video yang memaparkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilanggar oleh sebuah kereta menarik perhatian ramai pihak.

Rakaman selama satu minit itu yang berlaku Ahad lalu pada jam 3.45 petang menunjukkan bagaimana kanak-kanak berkenaan yang ketika itu sedang melintas jalan dan secara tiba-tiba dilanggar sebuah kereta. 

Kejadian tersebut dirakam menerusu kamera di papan pemuka kereta.

Mangsa, Nur Aidil Mohammad bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan di kepala, pipi kanan dan kaki.

Ibu mangsa, Rusmawati Abdul Rahman, 41 memberitahu anaknya keluar rumah untuk pergi mrmancing tanpa memaklumkan kepadanya.

"Saya terkejut apabila rakannya datang memberitahu saya mengenai kemalangan itu. 

 "Alhamdulillah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman," katanya. 

 "Dia masih bingung. Saya harap doktor akan melanjutkan cuti sakitnya sehingga dia pulih sepenuhnya," kata Rusmawati, sambil menambah Nur Adil adalah anak keempat daripada lima anaknya. -Siakapkeli.my

 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "