BANGKOK: Selepas didapati menipu berhubung status pendidikan dan pekerjaan sebagai pemungut sampah, kemenangan Khanitta Mint Phasaeng sebagai Miss Uncensored News Thailand 2015 hampir ditarik balik.
Dia hanya lulus Mathayom 3 (Tahap 6) sedangkan ketika mengisi borang penyertaan Mint memaklumkan dia lulus Mathayom 6 (Tahap 12).
Malah pekerjaannya yang membantu ibunya sebagai pemungut sampai dipertikai beberapa pihak.
Namun penganjur pertandingan mengambil ketetapan untuk mengekalkan kemenangan Mint dan gelaran itu.
Wanita itu mempertahankan tidak malu dengan apa yang dilakukan dan akan terus membantu ibunya mengutip sampah sebagai punca pendapatan utama keluarga mereka.
Mint juga meminta maaf kepada penganjur pertandingan dan mengakui tiada niat untuk menipu. -Siakapkeli.my