Sebelum ini menjadi perhatian masyarakat dunia sebuah video yang memaparkan sekumpulan nelayan Turki cuba menyelamatkan beberapa pelarian Syria yang hampir lemas di Laut Aegean.
Antara yang berjaya diselamatkan adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 18 bulan, bernama Muhammad Hasan yang turut terapung bersama ahli keluarganya selepas bot mereka karam ketika mahu menuju ke Eropah.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila nelayan terbabit mendapati kanak-kanak kecil itu lemas tidak sedarkan diri dan cuba menyelamatkan nyawanya dengan menepuk-nepuk badannya.
BACA: Video: Detik-Detik Cemas Nelayan Selamatkan Pelarian Syria
Selepas beberapa hari kejadian, nelayan-nelayan Turki berkenaan telah kembali melawat keluarga pelarian Syria berkenaan.
Ternyata suasana sebak menyelubungi mereka selepas pertemuan itu berlaku, mana tidaknya apabila bertemua orang yang menyelamakan nyawa mereka ditengah laut dan Muhammad Hasan dilihat sihat.
Menurut Lorin Haref, ibu kepada Muhammad Hasan, dia rasa sungguh terhutang budi kerana dua orang nelayan berkenaan menyelamatkan mereka.
"Saya rasa seolah-olah diberikan peluang kedua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka, semoga tuhan sentiasa merahmati mereka," katanya.
Kumpulan nelayan itu dikatakan berjaya menyelamatkan 15 orang pelarian dari mati kelemasan di lautan tersebut. - Siakapkeli.my
Syrian toddler rescued from sea
In a dramatic rescue, two Turkish fisherman save the life of an 18-month-old Syrian refugee by plucking him out of the Aegean sea.Warning: flashing images.
Posted by Channel 4 News on Monday, October 26, 2015