Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Dedahkan Sumber Kewangan Untuk Dana Operasi Mereka

3 Ogo 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini telah mendedahkan sumber kewangan untuk menjalankan operasi harian parti mereka yang melibatkan perbelanjaan termasuk membayar gaji kakitangan di ibu pejabat dan sewa pejabat PKR.

Semua ini ditanggung oleh potongan gaji wakil rakyat PKR di mana mereka mempunyai 29 ahli Parlimen dan 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negara.

Menjelaskan demikian, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, ahli Perlimen dan Adun dari selngor dan Pulau Pinang iaitu negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan mereka kepada parti.

Bagi ahli parlimen dan Adun PKR dari negeri lain pula hanya perlu menyumbang 10 peratus daripada gaji bulanan mereka.

“Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya.

“Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran yang mana ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual,” katanya dipetik dari portal The Rakyat Post.

Pendedahan ini adalah sebagai respon kepada isu pembiayaan parti-parti politik yang mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "