BACA: Tunaikan Umrah Separuh Lebih Murah Berbanding Harga Pakej, Tapi Kemudahan Seperti Pakej VIP, Wanita Ini Kongsi Cara-Caranya
Jika mempunyai ilmu, sudah pasti ramai yang ingin mengerjakan umrah dengan sendiri, tapi, bagaimana pula jika melakukannya secara bersendirian?
Bagaimanakah pula persediaan, atau perjalanan yang perlu ditempuh?
Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah secara solo, saudara Hazhari Ismail telah kongsikan pengalaman mengerjakan umurah, dari menunaikan ibadah, ziarah, juga tempat tinggal ketika di berada di Madinah selama 10 hari dan Mekah selama 7 hari.
Mari kita hayati perkongsian darinya.
Alhamdulillah. Saya telah menunaikan umrah secara solo pada 23/3 sehingga 10/4, 7 hari di Madinah dan 10 hari di Makkah. Kali ini bukan backpacking ke apa, sebab saya bawa seketul bagasi yang besar. Jadi, saya hanya menamakan ia umrah solo, termasuk melawat Kaherah, Mesir untuk beberapa hari.
Tiada preference bulan apa dan kenapa saya pilih tarikh itu. Mungkin orang cakap hujung dan awal tahun seronok pergi kerana cuaca yang sejuk sedikit. Ikutlah nak pergi waktu bila.
Maka, terimalah sedikit catatan ringkas sepanjang keberadaan saya di sana. Catatan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Boleh juga baca catatan lain sebab setiap orang berbeza.
1. Flight
Kos yang paling tinggi untuk umrah kali ini adalah tiket penerbangan. Ada rakan-rakan pernah grab tiket promotion Air Asia ke Jeddah dengan return RM400 sahaja. Rezeki mereka. Bak kata orang dah biasa dengan umrah sendiri, selagi ia kurang daripada RM2500 untuk penerbangan return, maka ia masih berbaloi.
Sebelum beli tiket, jangan lupa check tarikh visa umrah yang boleh dikeluarkan. Jangan dah beli baru check. Sia-sia je nanti tiket flight hangus.
Penerbangan bermula dari KLIA. Dan boleh turun antara di Jeddah Airport atau Madinah Airport. Di Jeddah, lebih sibuk dari penerbangan seluruh dunia. Ada tiga terminal, South, North dan Hajj Terminals. Selalunya, dari Malaysia penerbangan akan turun di Hajj Terminal. Di Madinah hanya ada satu terminal sahaja.
Hampir setiap hari saya akan refresh tengok price tiket di Skyscanner. Saya memilih untuk penerbangan ke Madinah dari KL. Disebabkan saya tidak mahu terlibat dengan kesesakan jamaah di Jeddah dan ingin lebihkan ketenangan, maka saya memilih Madinah. Dan pulang melalui Jeddah. Dan saya tidak mahu serabut dengan pelbagai terminal dan caj taxi di Jeddah.
Mulanya, saya hanya mahu membeli tiket KL- Madinah dan pulang Jeddah -KL. Tetapi, apabila disemak harga tiket adalah sama jika saya transit beberapa hari di Cairo. Maka, saya decide untuk detour di Cairo beberapa hari sebelum berangkat pulang ke KL dengan harga yang sama. Saya memilih untuk pergi ke Cairo selepas settle melaksanakan ibadah umrah berbanding sebelum.
Di Skycanner, jangan lupa search melalui Multi-City. Harganya lebih murah. Hasilnya, harga tiket penerbangan saya dengan menaiki Saudi Airlines hanyalah RM1490. Sehari sebelum harganya RM2490 tetapi pembelian saya gagal dan banyak kali dibatalkan. Rupanya, hikmah keesokkan hari lebih murah seribu. Jangan lupa clearkan cache.
Disebabkan umrah kali ini tidak seperti travel saya yang lain, saya mahukan sedikit keselesaan dan ketenangan, maka saya memilih penerbangan direct. Malas nak transit, lagi-lagi semasa pergi. Ikut pilihan masing-masing. Kalau direct lebih kurang 8 jam dari Malaysia ke Madinah.
Route ticket flight saya seperti berikut:
KL-Madinah
Jeddah-Cairo
Cairo-KL (transit Madinah dua jam)
Boleh juga transit di Madinah lebih 24 jam dengan harga yang sama, tetapi saya mahu pulang. Tambahan, kos dari airport ke Masjid ditanggung seorang.
Kebaikan menggunakan Saudi Airline, kita akan naik dan turun di South Terminal di Jeddah Airport, bukan di Hajj Terminal. Sebab kalau tersalah terminal, harga taxi agak cekik darah untuk pergi di antara terminal. Jadi, saya lepak je la di airport sambil menunggu next flight.
2. Immigration
Macam saya cakap tadi, turun di Madinah lebih mudah. Maka, di Prince Mohammad bin Abdul Aziz Airport Madinah, urusan imigresen saya tak sampai 5 minit termasuk menunggu dan di kaunter.
Saya hanya cakap nak pergi umrah, dan mereka buat biometric checking (yang check kelima-lima cap jari) dan selesai. Tak besar mana pun airport. Luar airport ada masjid besar. Sempat juga saya singgah untuk solat jama' sebelum cari teksi ke hotel.
Sama seperti flight. Booking online. Cost kedua tertinggi selepas flight. Saya biasa dengan booking [dot] com. Boleh juga search melalui Agoda atau trivago dan sebagainya.
Saya dah decide berapa hari saya mahu berada di Madinah dan Makkah (serta Cairo). Jadi, boleh check tiap hari juga harga. Wajib ada booking hotel before nak apply visa umrah.
Antara tips bila nak memilih hotel atau tempat tinggal seperti,
* Free Cancelation - boleh tukar-tukar sampailah hari esoknya nak menginap
* Jarak dari hotel ke Haram
* Tengok map and location
* Harga semalaman atau keseluruhan
* Baca review dan bintang
* Free Shuttle (if Makkah)
* Wifi (bonus)
* room for single/double/tripple (tak perlu sangat)
* Tak perlu nak clear cache - sebab boleh dapat update harga if ada yang lagi murah
Di Madinah, jarak hotel saya ke Haram ialah 1.6km. Berjalan kaki dari hotel ke masjid ialah 15 - 20 minit. Madinah tanahnya landai, maka tak kisah untuk berjalan. Cuacanya pun damai. Hotel baru, lebih kepada apartment. Jadi, bilik yang saya menginap ini adalah apartment ada 3 katil, sofa, toilet asing, dapur asing. Macam apartment.
Saya nampak label depan pintu. Bilik itu sepatutnya 9-bedded. Bayangkan, betapa besarnya bilik itu untuk saya seorang.
Sampai sahaja di hotel, saya tak sabar terus gerak ke Haram. Hari ini jalan lain, esok jalan lain, tulat jalan lain. Sampailah saya jumpa jalan terdekat dan terjauh atau jalan yang ada beli belah tepi jalan atau jalan yang makanan berderet. Ikut mood dan cuaca.
Semasa saya duduk di sana, staff Tabung Haji buat inspection untuk jemaah Hajj tahun ini. Kata mereka, Tabung Haji terpaksa cari hotel-hotel baru sebab kuota tahun ini bertambah, maka hotel yang saya duduk itu terpilih. Mereka pun gelak tahu saya duduk seorang di bilik untuk 9 orang.
Di Makkah, saya duduk dekat sedikit dari segi jaraknya berbanding di Madinah. Namun, Makkah sangat berbukit. Bukit sana-sini. Walaupun dekat, 1km pun terasa penat jika turun naik bukit. Jadi, kebanyakkan hotel jauh di Makkah ada free shuttle.
Free shuttle or free bus ni sangat kerap. Setiap 15 minit. Warna hijau atau merah, depends kepunyaan hotel masing-masing. Ada stesyen bus yang terletak 200 meter dari haram. Bolehlah jalan sikit 5 minit.
Tengok map dan lokasi hotel tu penting. Ada jemaah sana tersilap duduk hotel. Free bus sampai tepi jalan sahaja, kena jalan ke dalam dan naik bukit. Ada free shuttle naik ke bukit tapi tak kerap. Malas menunggu.
Sebab apa saya kata tak penting sangat room for single/double/tripple dan seterusnya. Sebab harganya semua sama. Even bilik saya di Makkah dan Madinah pun ada tiga katil tapi saya bayar seorang, masih murah.
Ada orang sana cakap, ada hostel murah. Tapi tiada di internet. Even ada juga yang tak lepas muassasah time nak apply visa. Maka, saya fikir saya nak sedikit selesa, tak mahu serabut dan pening. Banyak benda lain yan perlu dirisaukan lagi. Lagipun, hotel yang saya duduk ini pun sudah murah.
Kadang-kadang dekat informasi mereka claim 'we can speak your language', tapi... selalunya tidak. Mungkin hotel besar je kot. Hotel yang saya duduk ini tidak.
Pentingnya baca review hotel sebabnya tetamu yang pernah stay situ lebih tepat maklumatnya. Contohnya dari segi jarak hotel, kemudahan dan kebersihan.
4. Visa Umrah
Dengarnya, tak boleh nak buat visa sendiri. Kena buat melalui agensi. Caj untuk visa umrah dari RM300 - RM350 (termasuklah kos upah agent).
Senarai dokumen yang diperlukan sebelum apply visa.
* Passport
* Gambar visa 2 keping
* Buku suntik
* Flight n hotel booking
* Travel insurance
Saya contact Ust Kacak (+6012-2640636) dan membawa saya berjumpa dengan En. Afiq. Seminggu sebelum flight, saya dah menerima visa dan passport saya.
Selepas dapat visa, ada 30 hari nak berlepas, dan selepas masuk Saudi ada 30 hari untuk kita berada di sana. Berbeza dengan Ramadhan ada 15 hari untuk berada di sana. Visa umrah terhad/tidak dikeluarkan selepas 1 Syawal dan kembali di buka 1 Safar untuk prepare jemaah Haji dari seluruh dunia.
Ada surcharge jika nak pergi umrah untuk satu tahun hijrah yang sama. If nak elak surcharge SAR2000 (if tak silap), tunggulah sikit dan pergi tahun hijrah berikutnya.
Saya duduk di Gombak. Ada klinik di Sri Gombak yang sediakan suntikan vaksin untuk umrah. Tempoh expired 5 tahun. Nanti akan terima buku suntikan untuk dihantar ketika nak apply visa.
Di surau Tabung Haji kat Jalan Ampang tu pun ada. Diskaun. Hari itu saya pergi RM110 satu suntikan. Di negeri-negeri lain pun ada. Dengarnya juga, klinik kerajaan ada suntikan percuma.
Siapa yang antivaks tu, tak perlulah bersengkokol dengan doktor untuk menipu buku suntikan. Kita ni nak pergi tanah suci, bukan pulau mana-mana untuk bercuti.
6. Travel Insurance
Saya memilih Etiqa Travel Insurance. Tak sama dengan insurance yang kita ada tu. Depend pada polisi la kot. Tapi macam saya consult dengan agent prudential kata pakej saya tiada untuk cover tanah suci. Ada pakej lain dan tambah bayaran.
Maka, apabila disemak saya pilih Etiqa la. Senang. Boleh buat online. Dan disarankan memilih islamic insurance, bukan konvensional. Jadi harga insurance saya sepanjang keberadaan saya di tanah suci ialah RM46.
Saya terjumpa checklist barang yang perlu dibawa di internet dari Andalusia. Maka saya buat ia sebagai rujukan. Ihram, buku panduan saya beli di Mydin Selayang. Antara yang termurah saya jumpa.
Dengan Saudi Airlines ada baggage allowance 23kg untuk 2 beg. Time nak pergi itu beg saya hanya 11kg sahaja.
Jangan susah-susah nak beli jubah lah, or apa-apa yang nampak 'arabic' style di Malaysia. Allah terima je ibadah kita if nak berbaju Melayu, kurta, tshirt, jeans etc. If nak beli juga, beli di sana kerana sangat murah. Bawa sahaja yang sedia ada dari Malaysia.
Nak highlight barang penting
- Kain ihram, saya bawak tiga helai (sepasang setengah) just in case terkena najis. Dan orang Arab ni meludah merata. Perkarangan tempat orang solat pun boleh meludah. Ada juga ihram murah di pasar-pasar Madinah dan Makkah
- Mula-mula saya tak beli tali pingang ihram tu di Mydin. Sebab konon yakin tak tertanggal. Tapi saya bukan risaukan tertanggal, saya hanya gunakan belt itu untuk letak gunting kecil, phone dan sedikit cash. Maka, saya tak perlu bawa bag silang. Ringan badan. Belt saya beli di Madinah SAR5 sahaja di pasar.
- Sabun dan berus membasuh, sebab saya bawa sedikit pakaian. Maka, akan membasuh setiap hari atau dua hari sekali.
- Ubat-ubatan, ada tendency untuk batuk dan demam sebab cuaca dan habuk melampau. Berdoalah sentiasa sihat bila berada di Tanah Suci. Balm atau minyak sapu untuk hilang pening dan sakit lenguh badan
- Hanger, wajib. Haha. Nak gantung baju basuh atau yang dah guna.
- Stokin, kalau kaki kering tu nanti kaki merekah sebab terlalu banyak berjalan. Berguna juga nak pakai stokin if nak iktikaf malam or tidur di masjid Madinah. Sejuk dalam tu. Tak tau nak sorok mana badan
- List Doa, kadang-kadang terlupa nak doa apa. Ada list senang sikit. Doa diri sendiri. Doa orang lain. Saya simpan di note phone sahaja. Doa orang lain yang kirim, saya favourite kan di whatsapp or snapshot then kumpulkan sekali. Saya bagitahu je saya pergi umrah, kadangkala mereka juga berdoa semoga saya dimudahkan. Siapa yang kirim doa saya terima, tapi tiadalah sampai 'valet doa'.
- Duit Saudi Riyal boleh tukar di Malaysia siap-siap. Bawa lah ringgit just in case tak cukup berbelanja. If nak tukar, exchange di Madinah lebih murah sedikit. Dan dengarnya, ringgit sudah tidak diterima di tanah suci kerana nilai jatuh. Kad atm hanya al-Rajhi sahaja. Saya tak pasti yang lain. Dengarnya tidak boleh walaupun dah activate international transaction.
Selain preparation barang, preparation rohani, mental fizikal pun penting. Macam biasa, sebelum saya pergi travel mana-mana, antara yang saya buat,
- Exercise, penting ini. Tak syok lah kalau semput atau stamina kurang ketika umrah dan ziarah.
- Mak saya pesan hari-hari untuk solat Taubat setiap malam sebelum pergi. Jaga hubungan dengan Allah
- Baca dan repeat bacaan-bacaan khusus ketika tawaf dan saie. Nanti bila waktu sebenar, tiadalah tergagap. Kalau hafal lagi mudah. Bacaan itu digalakkan sahaja, tidak wajib
- Jaga percakapan, jaga hubungan dengan orang. Dah boleh kurangkan bercakap benda-benda tak sihat
- Kalau saja nak test kesabaran, pergilah tempat ramai org dan sesak. Macam saya, saya kurang gemar jem teruk, crowded dan panas. Ciri-ciri ini ada di tanah suci. Jadi, sengaja biasakan diri macam naik lrt time peak hour or window shopping di masjid jamek tengahari buta. Hahaha.
Selesai preparation teknikal, maka kita nak prepare bab ibadah pula. Tabung Haji ada sediakan kursus umrah percuma pada setiap hari Sabtu, dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Pergilah sekurang-kurangnya sekali atau dua kali untuk pemahaman yang lebih lanjut tentang bab ibadah. Dari segi cara nak pakai ihram, rukun wajib umrah dan sebagainya diterangkan ketika kursus.
Teringat semasa di sekolah ada buat simulasi haji dan umrah. Tapi simulasi tetap simulasi dan bukan yang sebenar. Maka, kita hanya mampu membayangkan pergerakan setiap rukun sehingga betul-betul berada di tanah suci.
Disarankan juga, jika ini kali pertama pergi ke tanah suci, maka pergilah dengan mana-mana travel agency supaya tidak teragak-agak dalam melalukan ibadah. Atau, boleh hire mana-mana mutawwif yang available untuk guide ketika menunaikan umrah. Atau, simpanlah nombor mutawwif atau ustaz dan whatsapp mereka on the spot if ada pertanyaan.
Kadang-kadang, ketika kursus tak tau nak tanya apa. Soalan tak muncul-muncul. Kemudian, umrah yang seterusnya boleh buat sendiri. InshaAllah semakin mudah sebab dah biasa.
9. Simcard di Tanah Suci
Ada banyak pilihan seperti Zain, Mobily, Stc, Virgin dan sebagainya. Rata-ratanya memilih Zain sebab murah. Virgin pun murah tapi tak glamour. SAR25 untuk 1gb. Tunjuk passport bila nak beli. Saya guna data paling penting untuk check rate and book untuk Uber. Nak check harga. Then boleh nego dengan taxi. Tapi Uber dan Careem antara yang termurah lah di sana. Taxi pun ok. Cuma kena pandai nego.
Tak payah nak banyak-banyak lah gb data internet. Kurangkan phone. Disebabkan saya beli untuk data sahaja, so tak boleh call atau sms. Even whatsapp call. Di hotel pun ada wifi, walaupu slow. Tapi ok je.
10. Transportation
* Saptco - bus express
9. Simcard di Tanah Suci
Ada banyak pilihan seperti Zain, Mobily, Stc, Virgin dan sebagainya. Rata-ratanya memilih Zain sebab murah. Virgin pun murah tapi tak glamour. SAR25 untuk 1gb. Tunjuk passport bila nak beli. Saya guna data paling penting untuk check rate and book untuk Uber. Nak check harga. Then boleh nego dengan taxi. Tapi Uber dan Careem antara yang termurah lah di sana. Taxi pun ok. Cuma kena pandai nego.
Tak payah nak banyak-banyak lah gb data internet. Kurangkan phone. Disebabkan saya beli untuk data sahaja, so tak boleh call atau sms. Even whatsapp call. Di hotel pun ada wifi, walaupu slow. Tapi ok je.
10. Transportation
* Saptco - bus express
Boleh book online atau walk-in. Saya guna saptco ketika nak pulang dari Makkah ke Jeddah Airport. SAR30 je berbanding taxi or uber flat rate SAR250. Tak boleh beli tiket awal jika nak ke airport, kaunter cakap 30 minit sebelum bertolak baru beli. Maka saya decide beli online sebab takut tiket habis. Last-last, saya seorang sahaja di dalam bus yang hendak ke airport. Makkah di stesyen Saptco Jarwal. Madinah di tepi Masjid Ab Dhar al Ghiffari. Dua- dua jalan kaki 10 minit dari masjid.
* Carpool
Masa dari Madinah ke Makkah, saya ingatkan nak naik bus, tapi tepi station saptco Madinah ada banyak carpool. Saya cuba. Lebih murah dan laju. Kalau bus harga perjalanan SAR65 (6-10jam), tapi carpool saya bayar SAR50 (3.5jam). Bayangkan laju mana pemandu tu drive 3 jam lebih untuk 400km distance! Oh, carpool dan bus akan berhenti di Bir Ali untuk Miqat. Nama pun carpool, maka jamaah dalam kereta yang saya naik itu dari pelbagai negara. Sampai di Makkah, saya guna teksi nak ke hotel, SAR20
* Van
Ketika ziarah di Madinah. Bayar SAR10 untuk melawat Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Quba', Masjid Jumaah, perkarangan Khandaq. Satu van 10 orang. Setiap tempat dia berhenti sekurang-kurangnya untuk solat sunat. Di Uhud lama sikit, nak ziarah perkuburan syuhada, mendaki Ar-Rumah (bukit pasukan pemanah yang turun ingkar suruhan nabi)
* GMC - Kereta besar
Saya tumpang Qatar family nak pergi ziarah. Sebab saya tunjuk jalan nak dapatkan van ziarah di mana. Sekali mereka ajak join sekali. Tempat yang sama saya ziarah sebelumnya, cuma tambah Wadi Jinn dan Ab Shifa' (luar madinah)
* Taxi - Ziarah Makkah
Ada van ziarah di belakang hotel Hilton tu, tapi mungkin ketika itu saya penat. Saya memilih taxi dan nego harga untuk ziarah tempat seperti Jabal Rahmah di Bukit Arafat, Mudzalifah, Mina campsite, Jabal Nur, Jabal Tsur, bukit tempat Ismail AS kena sembelih. Saya bayar SAR60. Bagus driver ni cerita segala sirah di setiap tempat, dan tunggu saya mendaki dan turun Jabal Rahmah.
* Taif Agency car
Ziarah Taif. Dibawa tempat ke bukit Taif. Satu kereta SAR280. Saya kongsi tiga orang dengan rakan Egypt dan Yemen. Saya bayar SAR70. Ada rakan lain bayar lebih. Balik dari Taif boleh buat ziarah umrah berhenti miqat di Qarnul Manazil
* Shuttle - bus dan van ke Masjidil Haram. Free
* Uber
Saya guna untuk ke Jabal Nur mendaki ke Gua Hira. Cepat dan murah. Pergi SAR14, balik saya baik taxi jamaah ke haram. Hati-hati juga guna Uber ni, jika bayar guna kad mereka tak leh tipu. If cash, diorang akan cancel ride dan sampai ke destinasi main sebut je harga. Tak tengok apps. Terkena ketika di Madinah nak ke stasyen bus dari hotel, apps tunjuk saya kena cancellation fee SAR8 tapi driver suruh saya bayar SAR10. Selamat beza sikit, saya anggap je lah sedekah.
* Bus Miqat
Nak miqat untuk umrah sunat di Tanaim. Ada di belakang Hotel Tawhid. Bayar SAR2. Kalau nak kongsi teksi, bayar SAR5.
* Saya tak tumpang mana-mana transport travel agency.
Paling jangan risau ialah makanan. Serius. Tapi saya pack juga indomi 12 bungkus dari Malaysia just in case. Haha. Sebab kos makanan saya sehari tak lebih SAR10. Boleh jadi SAR5 je.
Mak saya ada paketkan serunding kecil-kecil lebih kurang 10 bungkus. Saya pun tak sedar ada dalam bag. Sangat berguna. Mula-mula acah nak makan roti filling serunding je, tapi perut Melayu kan perlukan nasi (sekurang-kurangnya perut saya). Jadi saya try nasi Arab ayam bakar, SAR15. Kononnya makan di restoran boleh habis. Tetap bungkus dan dia tambah nasi lagi dalam bungkusan.
Satu portion tu untuk 3 orang makan or 3 kali makan. Jadi, kadang-kadang boleh simpan untuk dua hari. Tak perlu makan banyak-banyak nanti ngantuk ibadah ke laut. Selalunya saya beli je nasi arab tanpa lauk di Taj Restaurant di Makkah dan makan dengan lauk serunding. Pun sedappp.
Antara yang famous adalah broast chicken. Macam dinner plate kfc. Half chicken fried dan kentang dan roti pita. Harga SAR13. Hujung-hujung saya di tanah suci baru saya beli sebab ayam goreng boleh dapat di Malaysia. Ada satu restoren famous namanya Al-Baik. Saya makan ada sahabat sama hotel dari Tunisia belanja. Sedap juga. Dengarnya sudah ada cawangan di Malaysia.
Kalau nak ringan-ringan saya beli syawarma or chicken sandwish or kabab, SAR4 atau SAR5. Di Hilton Tower 3 Makkah ada murtabak sedap SAR5. Rasa lah.
Time Maghrib yang confirm Isnin dan Khamis ada juadah berbuka di masjid. Kurma, teh arab, roti dan yogurt. Bolehlah alas. Tapi hari-hari lain saya tak sure, kadang ada kadang tidak. Tapi percayalah, ramai je yang akan sedeqah makanan out of sudden. Jalan ke masjid, tetiba ada orang hulur roti dan air kotak.
Ada yang baik hati, jamaah Malaysia menjemput makan bersama di hotel bila tahu saya pergi seorang tanpa agency. Ada juga sahabat yang baru kenal ajak makan roti pita cicah kari dan dal di perkarangan haram.
Air, semestinya lah air zamzam. 24 jam boleh minum air zamzam. Bawa botol kosong. Bila-bila boleh minum. Kalau taknak bawak botol, ada je tong air zam di setiap tiang masjid. Ada zamzam sejuk dan suam. Saya sarankan botol sebab boleh jadi sebagai air wudhu kalau malas nak berwudhu di tempat yang disediakan. Senang. Banyak minum air , banyaklah keluarnya.
Doa lah banyak-banyak tidak selalu terasa nak buang air. Sebab toilet jauh. Madinah boleh lagi banyak tempat kosong. Makkah full. Terbuang angin boleh ambil wudhu on the spot dengan air botol. Tapi nak buang air terpaksa juga ke toilet.
Cuaca di tanah suci agak panas. Terutama di Makkah. Disarankan minumlah banyak jus supaya tak kering. Banyak jus dijual. Taknak jus yang fresh, beli jus yang dalam botol.
Oh dan susu. Saya suka minum susu. Jadi, nak cuba freshmilk tanah arab rasa apa.
Fuh, bab makanan minuman je dah cerita panjang.
12. Shopping
Orang cakap shopping lah di Madinah. Kurma, kekacang, jubah, minyak wangi, kayu sugi etc.
Memang benar. Di Madinah jauh lebih murah. Pasar-pasar di sekeliling masjid sangat murah at least berbanding di Makkah.
Kurma - pasar di Uhud dan pasar kurma di Madinah
Kekacang dan coklat - pasar di sekeliling Madinah
Jubah dan pakaian lain - hampir sama di Madinah dan Makkah. Nak tenang-tenang di Madinah la kot.
Di Makkah ada penjual jalanan akan menjual selepas waktu solat. Tapi kalau ada penguatkuasa datang, mereka terus bungkus walaupun barang ada di tangan kita. Maka, tunggu sahaja la mereka datang balik untuk bayar barang yang dibeli. Kadangkala, mereka jual lagi murah.
Di Makkah, kawasan yang murah seperti di bawah safwah tower groundfloor tu. Di Madinah, kalau boleh jangan lah beli sekitar hotel 4/5 bintang tu. If terdesak boleh la kot.
Nego la time nak beli. Mereka ingat jika dari Malaysia semua kaya raya. Sebab kebanyakkan kita pergi melalui agensi dan duduk di hotel 5 bintang dan dekat dengan masjid.
Antara tips nak dapat harga murah selain nego ialah beli lepas waktu solat. Ramai orang serbu dan penjual akan sebut je harga yang murah tak kisah kita bangsa dan dari mana. Tak sempat mereka nak tukar tukar harga. Berbanding pergi waktu tenang, nampak je kita orang Malaysia terus lain harga.
Apa-apa pun terpulang. Jangan melebih-lebih shopping sehingga penat dan tidak solat jemaah di masjid. Rugi datang jauh-jauh.
Susah juga nak jumpa orang cakap English di sini. Orang Indonesia ramai kerja di sini. Cleaner di Madinah, driver bus di Makkah, tapi semua yang saya jumpa hafiz quran. MashaAllah. Boleh lah cakap Melayu dengan mereka.
Ketika inilah teringat ustaz ustazah Arab semasa di sekolah. Bersyukur sangat. Terima kasih Ustzh Salmi, Ustzh Suhana, Ustz Azam, Ustz Faradin dan Ustzh Habsah. Bolehlah faham sikit-sikit walaupun nak cakap balik tu ke laut.
Kalau dapat driver taxi or ziarah boleh cakap English tu bersyukur sangat. Semasa ziarah Madinah, saya ditemani pakcik dari Pakistan. Dia risau saya tak faham langsung apa yang driver cakap, maka semua benda dia akan translate ke English. Baik pakcik tu.
Tapi if nak shopping, inshaAllah penjual semua tahu cakap Melayu. Haha. Boleh nego sekali. Tahu lah sikit sikit nombor dalam Arab. Mereka ni pandai, contohnya dengan orang Arab cakap 'asyarah iaitu 10 (SAR10), sampai kat kita terus cakap lima belas atau dua puluh dalam bahasa Melayu.
14. Ibadah
Umrah wajib saya waktu tengahari. 38 celcius tu. Saya plan sampai Makkah selepas Asar dan boleh terus buat umrah. Redup sedikit. Tapi, pemandu GMC saya bawa laju dan saya sampai sebelum zuhur. Maka, ketika panas terik itulah saya terus settlekan semua.
Yang seronoknya, jemaah tak ramai sangat. Maka agak laju juga saya tawaf dan saie. Alhamdulillah. Tak sampai sejam saya dah selesai semuanya.
* Mutawwif - Saya ada kawan di Makkah. Dia guide saya untuk umrah wajib. Boleh juga ambil mana-mana mutawwif dalam kalangan pelajar sini atau orang Indonesia. Sangat digalakkan jika ini adalah umrah kali pertama.
* Umrah sunat - Saya buat dua kali, tengah malam/awal pagi dan lepas subuh. Ramainya bukan kepalang. Mungkin kerana waktu malam dan berangin. Lambat tapi bergerak.
* Ihram - hadam dan faham larangan ketika ihram. Tak faham tanya ustaz
* Miqat - Dari Madinah, saya bermiqat di Bir Ali. Dan di Makkah pula di Tanaim. Dari Taif pula di Qarnul Manazil
* Tawaf - sesak di penjuru hajarul aswad dan rukun yamani. Penjuru lain banyak ruang. Skill selit-selit diperlukan. Jaga kaki dengan jemaah wheelchair. Tak perlu tolak-tolak. Boleh tawaf sunat. Tawaf Wida saya lepas Subuh, kemudian bergegas ke station bus nak ke airport.
* Saie - lantai yang sedikit sejuk. sedikit jauh dan lurus je dari safa ke marwa. Tiada saie sunat ya.
* Tahalul - bawa gunting kecil sendiri or pisau cukur jika botak.
(bab cara ibadah boleh tanya yang pakar)
* Raudhah - Untuk lelaki 24 jam boleh masuk Raudhah di Madinah. Kali pertama saya masuk ketika solat Jumaat. Bayangkan sejam sebelum azan sampai lah selesai solat saya berada di Raudhah. Jika beratur di ruang menunggu, ambil lah dan baca Quran supaya tidak terasa lama.
Tengok group mana lagi banyak Asia atau Eropah. Sebab group ini paling kurang tolak-menolak. Di balik tirai bahagian wanita ke main bising macam nak bertumbuk. Jangan tolak-tolak. Ada rezeki masing-masing. Kurang orang atau masa beratur pendek waktu pagi 8-10 pagi tu. Dan awal pagi. Masuklah bila-bila. Setiap hari cuba masuk. Paling lama menunggu pun setengah jam. Selesai 10 helai bacaan quran. Raudhah karpet hijau, bukan karpet merah.
* Hajarul Aswad - alhamdulillah saya berjaya cium sekali. Banyak cara ramai orang kongsi. Saya berjaya waktu tengah malam selepas selesai tawaf sunat. Rapat ke dinding Kaabah dan membawa arus ke arah aswad. Sampai dulu di rukun yamani dan kemudian ke aswad. Sabar dan jangan tolak menolak. Lepas cium tu saya pun blur nak pergi ke mana. Sebab tergamam sambil di asak tolak-menolak. Saya berjaya larikan diri ke arah multazam. Dan keluar dari bulatan.
* Botak - tak wajib. Yang wajib potong beberapa helai rambut. Tapi if nak botak, ada di bawah hotel clock tower tu. SAR15 botak licin. Tapi di kawasan Ajyad SAR10.
* Quran - Buat lah jadual sendiri. Nak habiskan bacaan quran berapa banyak sehari. Letak target. InshaAllah boleh khatam semasa berada di tanah suci. Di tanah air kemain susah nak khatam or baca quran. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Malah, mungkin khatam lebih awal dari yang dijangka. Boleh start hafaz pula.
* Halaqah - di Madinah ada halaqah baca quran dan hafaz quran. Baca quran ini sheikh akan tengok bacaan kita bermula dengan alfatihah. Tegur sana sini mana yang ok dan tidak. Join lah.
Halaqah hafazan pula dalam waktu tertentu contoh dari asar ke maghrib, kita dikehendaki hafaz satu muka surat. Ada tulis di poster di tiang.
* Hajarul Aswad - alhamdulillah saya berjaya cium sekali. Banyak cara ramai orang kongsi. Saya berjaya waktu tengah malam selepas selesai tawaf sunat. Rapat ke dinding Kaabah dan membawa arus ke arah aswad. Sampai dulu di rukun yamani dan kemudian ke aswad. Sabar dan jangan tolak menolak. Lepas cium tu saya pun blur nak pergi ke mana. Sebab tergamam sambil di asak tolak-menolak. Saya berjaya larikan diri ke arah multazam. Dan keluar dari bulatan.
* Botak - tak wajib. Yang wajib potong beberapa helai rambut. Tapi if nak botak, ada di bawah hotel clock tower tu. SAR15 botak licin. Tapi di kawasan Ajyad SAR10.
* Quran - Buat lah jadual sendiri. Nak habiskan bacaan quran berapa banyak sehari. Letak target. InshaAllah boleh khatam semasa berada di tanah suci. Di tanah air kemain susah nak khatam or baca quran. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Malah, mungkin khatam lebih awal dari yang dijangka. Boleh start hafaz pula.
* Halaqah - di Madinah ada halaqah baca quran dan hafaz quran. Baca quran ini sheikh akan tengok bacaan kita bermula dengan alfatihah. Tegur sana sini mana yang ok dan tidak. Join lah.
Halaqah hafazan pula dalam waktu tertentu contoh dari asar ke maghrib, kita dikehendaki hafaz satu muka surat. Ada tulis di poster di tiang.
Saya awal-awal cuba join group hafazan muka surat yang saya dah hafaz. Ngelat sikit sebab nervous awal-awal. Bila dah ok, saya tukar-tukar group halaqah lain pada hari-hari seterusnya. Sheikh yang tasmi' tu kadangkala akan bagi tafsir sekali supaya kita hafaz dan faham maksud.
* Majlis ilmu/ceramah - Di kawasan madinah dan makkah, sangat ramai sheikh pagi ceramah. Dalam bahasa arab, ada juga group bahasa lain. Urdu, malah Indonesia pun ada. Boleh duduk dan dengar mana-mana group ceramah. Tiada masalah
* Solat sunat - belajar cara dan niat solat sunat seperti solat jenazah. Akan ada solat jenazah setiap kali selepas waktu solat. Juga solat-solat yang lain seperi taubat, hajat, tahajjud, ihram, wida' etc
* Waqaf - Di Madinah banyak pondok charity atau waqaf Quran. atau nak bersedekah. Ikutlah nak waqaf saiz apa. Nak waqaf kerusi pun ada. Boleh juga beli Quran di luar dan letak sendiri di dalam masjid.
15. Ziarah dan Wakaf
Secara ringkas, ini senarai ziarah (rujuk part transportation bagaimana saya pergi ke tempat-tempat ziarah di bawah)
Madinah
* Majlis ilmu/ceramah - Di kawasan madinah dan makkah, sangat ramai sheikh pagi ceramah. Dalam bahasa arab, ada juga group bahasa lain. Urdu, malah Indonesia pun ada. Boleh duduk dan dengar mana-mana group ceramah. Tiada masalah
* Solat sunat - belajar cara dan niat solat sunat seperti solat jenazah. Akan ada solat jenazah setiap kali selepas waktu solat. Juga solat-solat yang lain seperi taubat, hajat, tahajjud, ihram, wida' etc
* Waqaf - Di Madinah banyak pondok charity atau waqaf Quran. atau nak bersedekah. Ikutlah nak waqaf saiz apa. Nak waqaf kerusi pun ada. Boleh juga beli Quran di luar dan letak sendiri di dalam masjid.
Secara ringkas, ini senarai ziarah (rujuk part transportation bagaimana saya pergi ke tempat-tempat ziarah di bawah)
Madinah
1. Maqam Rasulullah saw dan sahabat* - Di dalam Nabawi sebelah Raudhah. Rasulullah di maqamkan di sini serta sahabat Abu Bakar as dan Umar ak.
2. Uhud Mountain** - Peperangan Uhud berlaku di sini pada tahun 3 Hijrah selepas Badr Qubra. Muslim tewas dalam peperangan ini
3. Uhud Martyrs** - syahidnya 70 orang Muslim dalam peperangan Uhud. Termasuk Saidina Hamzah, bap saudara Rasulullah saw yang disayangi
4. Ar-Rumah Mountain** - Bukit tempat tentera pemanah di letakkan, dan ingkar suruhan Rasulullah dengan turun berebut harta perang. Khalid al-Walid ketika itu tentera musyrikin mengetuai untuk menyerang Muslim dari belakang dan mereka menang.
5. Baqi Cemetery* - Perkuburan sahabat. Berada di perkarangan Masjid madinah. Buka lepas subuh sehingga jam 9am. Lelaki sahaja.
6. Quba Mosque** - Masjid pertama didirikan dalam Islam. Masjid keempat taraf mulianya selepas Haram, Madinah dan Aqsa.
7. Khandaq*** - Longkang/lubang atau drain yang dibina semasa perang Ahzab tahun ke-5 hijra. Tentera muslim membina lubang/longkang mengelilingi madinah (outskirt)
8. Aj-Jumuah Mosque** - Masjid pertama didirikan solat Jumaat
9. Al-Qiblatain Mosque** - Masjid dua qiblat. Semasa Rasulullah saw menunaikan solat, perintah kiblat ditukar dari Aqsa ke Haram. Semasa solat, baginda bertukar arah ke arah Haram.
10. Rasulullah SAW Museum* - di perkarangan Nabawi. Sirah baginda di ceritakan dari kecil hingga wafat. Ada juga contoh rumah baginda
11. Abe E Shifa***
12. Wadi al-Jinn***
13. King Fahd Quran Printing Complex (tak pergi)
*jalan kaki je. sebab dalam masjid dan perkarangan
** van ziarah, ambil di gate 36
*** saya tumpang family Qatar yang duduk hotel sama, mereka ajak, untuk tempat yang dah pergi dengan van ziarah, saya pergi sekali lagi dengan family ini.
Makkah
1. Mina* - tempat melontar jamrah, simbolik melontar batu ke arah syaitan yang menghasut Ibrahim as agar tidak sembelih anaknya dan ingkar perintah Tuhan
2. Place of Ismail as* disembelih oleh bapanya Ibrahim as (small minaret on the jabal) dan ditukar dengan seekor kibas.
3. Mudzalifah* - Masha'ir Haram Mosque, tempat bermalam para Hajj (dan kutip batu)
4. Arafat* - Mosque of Arafah (Masjid Nimra) - Padang Arafah, dikatakan tempat berkumpulnya manusia apabila dibangkitkan ketika hari kiamat nanti. Last khutbah Nabi disampaikan di sini. Tempat paling penting jika buat Haji.
5. Jabal Rahmah (Mount of Arafah)* - Dikatakan pertemuan Adam as dan Hawa selepas diturunkan ke bumi masing-masing di Timur dan Barat. Selepas 40 tahun baru berjumpa.
6. Jabal Tsur*** - Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar menyorok selama 3 malam sebelum hijrah ke Madinah. 3 jam pendakian. Bayangkan Asmaa Abu Bakr ulang alik bagi makanan dan Abdullah Ab Bakr sebagai penunjuk jalan.
7. Jabal Nur (Gua Hira')** - Tempat Rasulullah beruzlah (mengasingkan diri) sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada umur 40 tahun. 30-45 minit mendaki. Saya naik sebelum Subuh, Subuh di atas dan turun selepas sunrise dan orang dah mula ramai serta panas.
8. Hudaybiah*** - Perjanjian Hudaibiah termeterai di sini
9. Masjid al-Jinn*** - tempat Rasulullah recite Quran kepada Jinn, ditemani Abdullah bin Masood
10. Jannah Mu'alla*** - Tempat persemadian isteri dan datuk Rasulullah saw. Nama lain al-Hajun if tak silap
11. Masjid Syajarah*** - Tempat Rasulullah saw panggil pokok dan ia datang kepada Baginda.
*Taxi ziarah - sendiri
** Uber dan Taxi - pergi sendiri, balik taxi jemaah dengan siap entah.
*** Saya follow rakan Egypt, tempat saya telah pergi dengan taxi ziarah, saya pergi sekali lagi dengan mereka
16. Wakaf
Boleh nak berwakaf atau charity ke atau zakat. Wakaf seperti Quran kecil dan besar sekitar SAR50 -SAR80. Wakaf kerusi pun ada. Tak silap SAR20. Ada di pondok-pondok sekitar masjid.
* Sebab saya solo. Kah kah kah
* Saya ajak family pergi sekali tapi mereka tak berani kerana tiada agensi. Takut kena tipu. Mungkin mereka tidak faham. Mereka suruh saya pergi dulu, then bawa mereka kemudian. InshaAllah
* Pergerakan bebas - Anda bebas nak buat apa sahaja. Nak pergi masjid, nak ziarah di mana, bila, nak makan apa dan di mana, tiada schedule yang tetap. Nak pergi berapa hari Makkah dan Madinah pun kita sendiri yang decide. Nak pergi raudhah setiap habis waktu solat pun takpa. Nak join halaqah quran dan hafazan etc
* Banyak masa - Sebab kita tak perlu menunggu orang. Tak perlu menunggu semua orang selesai imigresen, tak perlu menunggu semua siap dan pergi ziarah. Kita sendiri uruskan masa kita. TIdak terkejar-kejar.
* Tiada kerugian - At least. Sebab semua duit kita yang bayar. Yang bayar dari Malaysia hanyalah tiket flight dan dokumen nak apply visa. Hotel saya bayar ketika nak check in.
* Risiko - Mana-mana pun ada risiko. Cari, baca dan tanya untuk kurangkan risiko. Terfikir juga jika saya meninggal dunia di sana, siapa nak uruskan. Jatuh sakit dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah mudahkan.
* Kenal orang - Nak kata saya ni banyak cakap tu tidak lah sangat. Tapi saya suka kenal orang. Borak, ajak makan, tanya soalan untuk jawapan yang kita dah tahu. Seronok. Kenal dari jamaah dari seluruh dunia yang lagi susah dari kita. Perjalanan jauh, balik negara masing-masing akan berdepan dengan perang.
* Kenal diri - Kita seorang. Nak mengadu kat siapa pun tak tahu. Nak whatsapp family takut mereka risau. Jadi, khabarkan yang baik-baik sahaja kepada mereka. Test kita ni penyabar ke, boleh tak uruskan duit sendiri, buat decision making etc
* Pernah juga saya rasa lonely. Sebab seorang. Melayu lain semua di hotel lima bintang bersama agensi. Paling mudah pun, saya borak dengan driver bus dari Indonesia. English pun ramai tak tahu. Arab pula saya yang terkial-kial, tetapi tetap mencuba.
* Ramai juga jemaah negara lain cakap Malaysia kaya, duduk hotel mewah dan dekat. Dan terkejut mereka tahu saya datang seorang dan bukan bawah agensi.
* Saya suka bertembung dan berborak dengan jemaah bukan dari Malaysia. Sebab, you know why.
* Saya lama di tanah suci, saya nak merasa solat jumaat di kedua-dua buah masjid
* Hotel duduk sendiri. Tidak kongsi. Saya boleh je kongsi. Tapi, sengaja tambah point.
18. Kos
Jadi, ini pula kos sepanjang keberadaan saya di sana (boleh lihat di gambar untuk breakdown)
Perbelanjaan tidak termasuk shopping dan makanan = RM3675
Perbelanjaan termasuk shopping, makanan dan Cairo = RM4538
Ingatnya. Ini catatan umrah solo. Bukan umrah bajet/ekonomi or backpacking - sebab saya guna bag besar. Kah. Anda bebas nak duduk hotel berapa bintang dan jarak yang dekat atau jauh, bebas nak flight lompat, or direct, or class economy atau business. Bebas.Kos saya boleh dijimatkan lagi jika pergi berdua atau bertiga atau berempat sebab hotel boleh kongsi, makan pun, dan transport ziarah.
Yang paling banyak membantu saya ialah group umrah DIY yang saya join di whatsapp dan telegram. Ini linknya jika nak join. Ada juga ustaz dalam group.
Ketika di tanah suci pun saya tanya mereka on the spot untuk apa-apa soalan. Setiap hari scroll perbincangan mereka nak dapatkan semangat nak pergi. Dari sebelum beli tiket flight sehingga selesai. Pengalaman dari orang yang pernah pergi. Kita pun rasa berkobar nak pergi jika dikelilingi dengan orang yang begini.
Join link dibawah jika ingin pelajari selok belok umrah DIY / Backpacker
Channel : Nota & Infomasi
Group : Perbincangan
FB : Komuniti Umrah DIY
Ini pula group WhatsApp
Serius, jangan malu bertanya. Dan jangan malas membaca. Nanti, anda akan terima nota berkenaan dengan umrah DIY. Baca dulu, kemudian tanya ya. Oh ya, banyak juga di website sekarang bercerita mengenai umrah sendiri ini. Google lah ya.
19. Detour di Cairo
Macam saya bagitahu awal tadi, semasa pulang saya detour di Cairo. Anda bebas nak singgah mana-mana ikut kelapangan masing-masing, atau balik terus ke Malaysia. Tiada masalah. Saya tidak ceritakan perjalanan saya di Cairo di sini. Hanya fokus kepada Umrah dan ziarah.
Tapi percayalah, trip saya singgah di Cairo merupakan pengalaman yang penuh bermakna dan debaran kerana bomb strikes telah berlaku di Alexander dan Tanta dan saya di salah satu tempat kejadian sehari sebelum berlakunya letupan. Alhamdulillah selamat.
20. Penutup
Alhamdulillah saya dah selamat pergi dan pulang. Segala urusan sangat dipermudahkan. Yang hanya kita perlu buat ialah minta. Minta dimudahkan.
Sekarang dah boleh plan untuk bawak family. Mak cakap, mak nak duduk lama di tanah suci. Tak nak ziarah-ziarah sebab dah pernah ziarah masa buat haji 15 tahun lepas. Mak nak duduk masjid sahaja.
Yang sudah pergi tu mesti rindu nak pergi lagi kan Kita doakan agar sama-sama dijemput ke tanah suciNya. InshaAllah.
Oh ya. Maaf lah gambar selfi banyak. Sebab pergi sorang kan. Lol.