Hantar Anak Belajar Hafazan Di Turki, Antara Cara-Cara Norman Hakim Didik Anak Untuk Dorong Mereka Dekati Agama
Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka mendalami ilmu agama, ada yang menyatakan impian ingin anak-anak menjadi imam apabila mereka meninggal nanti, ada yang menyatakan sejuk perut ibu mengandung jika anak yang dididik menjadi anak soleh dan solehah.
Apa yang diimpikan ini memang diimpikan oleh semua orang termasuk artis iaitu Norman Hakim, dia memastikan anak-anaknya termasuk anak-anak hasil perkahwinan pertama dengan Abby Abadi dididik dengan agama.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata Danish ialah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini.
"Alhamdulillah, Danish dipilih antara 10 pelajar untuk sambung pengajian ke Turki bagi menyelesaikan baki hafazan lapan juzuk berdasarkan prestasi semasa.
"Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya antara syukur, gembira, sedih dan hiba. Inilah anak pertama, darah daging dan merangkap kawan baik saya dunia akhirat, yang boleh diajak berbual serta berkongsi bermacam-macam perkara.
"Sepatutnya dia perlu bertolak ke sana pada Mei depan, tetapi saya minta ia ditunda hingga Oktober. Sempatlah juga nak beraya bersama," dipetik laporan BH Online.
"Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam untuk sambung pengajian kat sana.
“Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama, sekarang ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu. Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya, dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye," katanya di laman Instagram miliknya.
Norman telah berkongsikan apa yang dia lakukan dalam memastikan anaknya terdedah dengan pendidikan agama.
1. Hantar anak ke sekolah agama
Muhammad Danish Hakim, 14, kini belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang, Selangor manakala Marisa Dania Hakim, 12, mengikuti pengajian di Darul Quran Wal Hadith As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan.
2. Baiki diri untuk jadi contoh terbaik
“Kehidupan saya sekarang ini bagaikan dirahmati. Melihat anak-anak membesar dan menjalani kehidupan Islamik sebegitu menyebabkan saya turut sama terangsang untuk mengubah cara hidup.
“Saya juga teruja untuk memperbaiki kehidupan saya sekali gus menjadi contoh terbaik buat mereka."
3. Sentiasa luang masa dengan anak
“Pada peringkat usia sebegini, saya sudah tak fikir tentang diri saya lagi. Keutamaan saya kepada anak-anak yang semakin membesar.
“Saya perlu bijak membahagikan masa dengan mereka. Sekarang ini, setiap hujung minggu ada saya program dengan anak-anak.
“Nak kena ambil anak di asrama, uruskan perniagaan dan hal-hal berkaitan membuatkan masa saya sentiasa diisi,"
4. Kisah solat taubat anak
Dalam pada itu hasil didikan agama yang diikuti anak sulungnya pelakon ini berkongsi satu cerita. Norman memberitahu, dia tidak dapat melupakan kejadian apabila Danish tergesa-gesa menunaikan solat sunat taubat gara-gara menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera.
“Semasa itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari asrama Danish. Kebetulan ketika itu kami lapar kerana masih belum menjamah makanan sedangkan tak ada kedai makan yang dibuka pada waktu itu.
“Jadi nak tak nak terpaksalah kami makan juga di premis tersebut. Pada mulanya Danish memang tak mahu makan di situ dan apabila saya tanya, dia berikan alasannya mengapa dia tidak mahu makan di situ.
"Bagaimanapun saya terpaksa menerangkan kepadanya tentang situasi kami yang ketika itu 'darurat' dan semua orang sedang lapar dan mungkin akan menyebabkan masalah lain jika tidak makan.
“Saya nampak wajah Danish berubah waktu makan dan dia juga nampak risau dalam kereta sepanjang perjalanan. Sampai di rumah dia terus buat solat taubat. Saya memang terperanjat namun perkara itu memberi pengajaran kepada saya sebagai bapa,” cerita Norman.
5. Berkongsi masa
Berperanan sebagai bapa dan suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang besar buat Norman.
Untuk itu, Norman sanggup menolak tawaran berlakon yang memerlukan dirinya berjauhan dengan isteri dan anak-anak.
Bagi Norman, keluarga memerlukan perhatian sepanjang masa dan dia sanggup berkorban apa saja demi insan kesayangannya.
“Pada peringkat usia sebegini, saya sudah tak fikir tentang diri saya lagi. Keutamaan saya kepada anak-anak yang semakin membesar.
“Saya perlu bijak membahagikan masa dengan mereka. Sekarang ini, setiap hujung minggu ada saya program dengan anak-anak.
“Nak kena ambil anak di asrama, uruskan perniagaan dan hal-hal berkaitan membuatkan masa saya sentiasa diisi.
“Sebab itu jika ada tawaran mendatang yang menuntut saya perlu bekerja di luar daerah, awal-awal lagi saya minta maaf sebab tidak dapat melakukannya,” kata Norman tulisan di Utusan Online.
Selain Danish, Marisa dan Maria, Norman mempunyai dua lagi anak menerusi perkahwinan dengan pelakon Memey Suhaiza iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun. - Siakapkeli.my
Sumber: BH Online & Utusan Online