Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Sistem 'Punch Card' Mula Diperkenalkan Di Sekolah Untuk Rekod Kehadiran

13 Apr 2017
No Comment

Kuala Nerus: Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin 'punch card' untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah hari ini, lapor Harian Metro.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin berkata, kira-kira lebih 900 murid telah menggunakan mesin ini untuk merekoskan kedatangan mereka bagi sesi persekolahansebagai usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin murid.

"Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

"Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)," katanya.

Sekiranya murid datang lewat tiga kali berturut-turut, murid akan dikenakan tindakan disiplin.

"Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.

"Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin," kaatnya lagi.

Untuk memudahkan pelajar, enam buah mesin 'Punch Card' telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit. - Siakapkeli.my


Kredit Video: TV3 Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "