Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 10 Usahawan Tempatan Dengan Perniagaan Yang Unik, Boleh Anda Jadikan Pembuka Idea Perniagaan

19 Sep 2016
No Comment
Anda ingin berniaga tetapi buntu memikirkan idea? Artikel ini mungkin boleh membantu anda.

Kaya N Kaya dengan kerjasama Dato' Hj Zein Isma Bin Hj Ismail, Pengerusi G Garage Specialist baru-baru ini menemubual dan mengumpulkan 10 perniagaan usahawan tempatan yang boleh dijadikan contoh kepada orang ramai yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu dimana ingin mulakan.


1 - Cik Fara : Radio Quran & Produk perubatan Islam

Dikenali sebagai Cik Fara, wanita ini menyebarkan dakwah Islam sambil berniaga dengan mengeluarkan idea kepada pendidik untuk mendidik al-Quran menggunakan bahan audio.

Radio Quran tersebut juga mendapat sambutan luarbiasa orang ramai disebabkan manfaatnya yang terlalu banyak. Ada yang menghadiahkan radio tersebut sebagai hadiah kepada ahli keluarga, orang sakit, diri sendiri, sebagai 'membersihkan' kawasan tempat tinggal, ikhtiar menjemput rezeki, ikhtiar menghilangkan gangguan dan mewujudkan aura dan suasana tenang di tempat tinggal mahupun di tempat kerja.

Yang hebatnya tentang bisnes Cik Fara ini ialah beliau berkolaborasi dengan usahawan-usahawan Islam lain bagi bisnes ini untuk memberi jaminan produk selama 6 bulan, penghantaran pos percuma, nasihat & video penggunaan produk serta penjagaan tertib mengendalikan alat elektronik yang mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran.

Beliau berkata ramai orang tidak tahu bahawa banyak pengedar bukan Islam mengedarkan radio quran ini dan tidak mempraktikkan keperluan menjaga adab mengendalikan radio quran.

Bukan setakat itu, beliau juga menjadi sumber rujukan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tumbuhan bersifat Syifa’ seperti daun bidara dan limau purut. Sebagai ikhtiar dan ingin menolong orang-orang yg memerlukan untuk mendapat kebaikkan produk ini, beliau menjadi pengedar kepada produk Sufi Secret Aromatheraphy Sabun Bidara yang dirukyah dan disyorkan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus.

Tumbuhan bidara ini sejak awal lagi digunakan dalam perubatan Islam dan ada disebut didalam Al-Quran. Ia berfungsi sebagai bahan pembersih dan juga digunakan untuk mengubati perkara-perkara yang melibatkan gangguan makhluk halus, saka, jin & sihir.

Cik Fara menasihati setiap pelanggan beliau bahawa kesembuhan dan penawar itu adalah dari Allah dan mereka haruslah bergantung kepada Allah semata-mata.

Bagi yang berminat mengetahui lanjut tentang Cik Fara, boleh mengunjungi : Page Facebook Health Bidara, Page Facebook JOC Radio Quran, Kedai Online atau menghubungi beliau di nombor 016-3272802


2 - Noor Hisaham Mansor : Kad Jimat Elektrik yang Diiktiraf
RAMAI pernah dengar cerita kad jimat minyak & kad jimat elektrik, tapi sejauh mana keberkesanannya? 

Berkesempatan untuk beramah mesra dengan CEO syarikat TMT Global Network (M) Sdn Bhd mendapati mereka ini mendapat kerjasama dan perhatian tinggi daripada Universiti-universiti Utama di dalam dan luar negara yang menunjukkan bahawa keberkesanan produk mereka ini disanjung tinggi Institusi besar.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang perniagaan oleh Noor Hisham, boleh hubungi nombor  019-3339 313 atau layari page Facebook TMT GLOBAL NETWORK.


3 - Muhammad Firdaus Bin Md Yusof : Sewaan Dewan Banquet

The Space Grand Ballroom Shah Alam adalah dewan banquet yang terbaru di Lembah Klang untuk majlis perkahwinan, sosial dan korporat.

Dewan banquet mewah ini yang menampilkan dekor yang elegan di mana sebanyak 650 tetamu boleh di muatkan di dalam satu masa (2,000 pax untuk bufet).

Apa yang menariknya adalah Dewan ini terletak dalam satu bangunan yang mempunyai unsur privasi walaupun ia adalah untuk orang ramai dan ia menjadikan majlis kita lebih selesa untuk tetamu bergelak ketawa dan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan isu protocol atau gangguan dari mana-mana pihak pengurusan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, nasi serai dan bermacam jenis menu yang ditawarkan sangat unik. Paling seronoknya adalah apabila perkhidmatan cekap dan sentiasa bersedia dari pihak mereka sangat memuaskan.

Untuk berhubug dengan Muhammad Firdaus, boleh hubungi nombor 013-3665487 atau layari page Facebook The Space Shah Alam Grand Ballroom.



4 - Hjh Maryam Shafie : Dobi, Bakeri, Bundle, Charity Shop & Katering

DOBI.BAKERI.BUNDLE.CHARITY SHOP & KATERING antara perniagaan Nur Kasih bagi membantu mereka menjana pendapatan untuk menampung segala keperluan anak-anak yatim peliharaan rumah ini seperti makanan, baju, belanja harian setiap anak-anak yang ke sekolah dan sebagainya.

Hebatnya adalah mereka tidak dapat apa-apa bantuan sekalipun dari kerajaan malah dahulunya dicaci dengan kata kata seperti “kalau dah tahu miskin, buat apa buka rumah anak yatim” dan macam macam penghinaan perit lagi sehingga mereka mendapat ilham untuk mulakan bisnes bundle melalui baju-baju terpakai yang terlalu banyak dari orang ramai yang disumbangkan pada mereka.

Bermula bisnes bundle itu, mereka mula menjana amaun-amaun besar sehingga mencecah RM40,000 dalam masa dua minggu yang menjadi titik permulaan kejayaan bisnes mereka dalam hidup.

Untuk menghubungi Hjh Maryam Shafie, boleh hubungi nombor  013-2749573 atau layari laman Facebook Pertubuhan Nur Kasih.



5 - Azryna Binti Kudin : Bridal 5 bintang
Dengan pengalaman lebih 15 tahun, Ryns Avenue yang dikendalikan oleh Azryna, kini boleh dikatakan berada di tahap pakar dalam memberi khidmat dan sering menjadi pilihan untuk bermacam macam majlis kahwin artis dan personaliti terkemuka. Kepakaran mereka merangkumi dekorasi bagi outdoor garden wedding hingga ke hotel 5 bintang.

Menariknya tentang pasukan Ryns Avenue adalah hasil kerja mereka yang selalu diperkatakan iaitu sangat efisien, menyelesaikan masalah, memuaskan hati, kemas and mereka tak hadkan kreativiti ikut request customer sahaja tapi mereka akan improvise sampailah dapat perkataan WAH dari customer mereka.

Sebab itu di sekitar Selangor ini Azryna ini diberi nama kasih sayang dengan panggilan nama Kak Ryn sebab dia seorang yang sangat senang untuk berurusan, begitu juga dengan pasukannya.

Bagi yang berminat dengan servis yang disediakan oleh Ryns Avenue boleh menghubungi nombor  012-3801811 & 012-2351801 (Shah Alam),  012-2940811(Sungai Petani, Kedah), page Facebook Ryns Avenue atau Instagram Rynsavenuewedding.


6 - Hafidz Fudzail : Durian Parabella
Siapa sangka durian yang selalunya panas di perut disejukbekukan tanpa apa apa campuran, 100% asli. Senang cerita, Durian Parabella ini biji durian dalam durian yang kemudian hanya disejukbekukan terus.

Bukan itu sahaja, ais krim durian mereka ada yang Musang King, D24 dan bermacam-macam lagi dan lebih menarik harga yang mereka jual tak mahal jika dibandingkan dengan kos dan usaha yang mereka guna untuk buat satu ais krim tersebut.

Bagi yang berminat, boleh menghubungi Hafidz Fudzail di 014-679 2088 atau layari page Facebook Parabella.Ice.


7 - Khairul Anuar B Mamat : Runner Nasi Lemak

Pernah dengar RUNNER untuk dokumen office, Pizza, Mcd atau sebagainya?

Namun konsep yang dicetuskan Kerol Runner ini yang sudah lama beroperasi sekitar Rawang, Shah Alam dan beberapa area di Selangor ini ternyata menarik.

Khairul memfokuskan kepada servis penghantaran nasi lemaknya sendiri dan kini beliau sedang mencari 'geng' untuk turut sama mencari rezeki di dalam bidang ini.

Sesiapa sahaja boleh mencuba asalkan mempunyai modal sebuah motor.

Siapa yang berminat dengan servis Khairul boleh menghubungi nombor 018-2598401 atau layari page Facebook Nasi Lemak Runner.


8 - En.Farhan (Pengurus) : Khidmat bengkel Berkualiti

G Garage Specialist SDN BHD dipimpin oleh En.Junnei, seorang usahawan yang sangat merendah diri dan juga 'supportive'.

G Garage ini merupakan sebuah bisnes repair & servis kereta yang dapat  dilihat tarikan servisnya kerana nilai promosi yang unik, sangat menguntungkan malah yang tak pernah kita dapat dengar dari bengkel lain, malah kualiti kerja-kerja di bengkel ini sangat meyakinkan kerana mereka telah berkhidmat kepada pelbagai jenis kereta malah mereka yang berkerja di bengkel ini juga akan medapat latihan khas berserta sijil perakuan yang memperakui kualiti mereka.

En. Farhan boleh dihubungi di nombor 03-7968 8008 atau page Facebook G Garage Specialist Sdn Bhd.



9 - Mohammad Saiful Izad Bin Mohammad Ali : Minyak Hantar ke rumah

MINYAK BILA ISI JER HABIS MACAM MELESAPP?

Gemar berkongsi tips, Saiful dulunya seorang bekas jurutera automotif dalam sebuah syarikat automotif terkemuka antarabangsa.

Bisness beliau pun sangat menarik. Beliau menjual minyak enjin Full Synthetic, Semi Synthetic, dan Mineral pada harga satu kali ganda lebih murah berbanding kedai alat ganti dan lebih menarik, produknya dihantar terus ke rumah.

Mohammad Saiful boleh dihubungi menerusi nombor 019-5956262 atau page Facebook  Techmatics Engineering.


10 - Muhammad Farid Hilmi Bin Moideen Kutty : Hero Insuran

Pernah viral dahulu tentang kisah seorang ibu tunggal kepada dua anak yang melabelkan En.Muhammad Farid ini sebagai hero dalam servis insurans.

Diringkaskan cerita beliau, Ibu tunggal tersebut pada ketika itu dalam keadaan dibuli orang ramai akibat tiada suami menjaganya namun pada masa itu En. Farid  turun bantu menjaganya dengan berunding dengan pihak pihak tertentu di hospital tersebut agar ibu tersebut mendapat semula haknya.  Dari kisah itu, ramai memperakui bahawa khidmat beliau dalam bidang insurans sangat dipercayai.

Semua insurans dalam pakej yang ditawarkan lebih kurang sama, tapi yang pentingnya adalah orang yang memberi khidmat itu haruslah matang dan ikhlas dalam berkhidmat.

En Muhammad Farid boleh dihubungi di talian 013-440 6048 atau page Facebook Medical Card Family Takaful.




Kredit: Kaya N Kaya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "