Portal Mirror melaporkan, robot tersebut ditahan selepas pihak polis menerima laporan awam yang mengatakan bahawa robot yang bernama Promobot itu berkeliaran meminta pendapat orang ramai mengenai pelbagai topik 'untuk diproses oleh dan analisis oleh kumpulan calon'.
Robot itu ditahan dan cuba digari oleh pihak polis yang datang untuk mengalihkan robot tersebut.
Seorang jurucakap sebuah syarikat yang memetik kenyataan saksi bagaimanapun memberitahu, robot itu tidak melawan ketika ditahan oleh pihak polis.
Sebelum ini, Promobot menjadi tajuk utama akhbar-akbar di Rusia selepas dia melarikan diri dari makmal ke tempat tumpuan ramai.
Kelibat robot itu menyebabkan jalan-jalan utama menjadi sesak selepas robot itu kehabisan bateri dan terdampar di tengah-tengah laluan kenderaan.
Kesesakan itu dikatakan berlaku selama lebih sejam sebelum robot tersebut dialihkan.
Promobot itu adalah robot yang dicipta oleh saintis Rusia yang kini sedang bertugas untuk membantu kempen calon Ahli Parlimen Rusia, Valery Kalachev.
Sumber : Mirror.uk