Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sesi PAC Tak Jadi Mula Esok, Tangguh Ke Tarikh Baru

3 Ogo 2015



KUALA LUMPUR: Sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bermula esok ditangguhkan ke suatu masa tertentu.

1MDB menerusi kenyataannya hari ini berkata penangguhan itu dimaklumkan secara rasmi melalui Setiausaha Dewan Rakyat pada hari ini, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

"Hari ini, melalui Kementerian Kewangan, kami menerima makluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bahawa sesi PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September 2015 telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," demikian memetik kenyataan itu.

Sesi yang sepatutnya bermula esok akan memanggil Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi pada Rabu.

Kedua-dua mereka gagal hadir pada sesi PAC yang ditetapkan 26 Mei lalu.

Selain Arul dan Shahrol, PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB antara Mac 2013 hingga Januari 2015, Hazem Abdul Rahman dan beberapa ahli lembaga pengarahnya. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "